kata-kata


Assalamualaikum dan salam ceria..:)


Ada apa dengan KATA-KATA ??http://www.emocutez.com


Pernah tak awak2 rasa :

  • Tersinggung
  • Sedih
  • Sakit hati
  • Marah
  • Geram
  • Rindu
  • Terpesona

Dan apa2 jelah..berkaitan dengan perkara yang diperkatakan sesama rakan,keluarga, saudara mara @ yang lain2 ?? yang penting pernah tak rasa?? Kalau pernah..awak2 memang normal..kerana mempunyai perasaan..:)

Tapi dalam banyak2 kat atas tuh suka saya sentuh bab tersinggung, sakit hati, sedih, marah dan geram.. sebab ianya dalam satu kategori yang sama..adakalanya perkataan yang membuat sesorang tersinggung atau sakit hati boleh membawa kepada pergaduhan sampai bertumbuk, persengketaan sampai lebih daripada 3 hari tak bertegur, permusuhan yang memutuskan silaturrahim, dan yang paling teruk boleh membawa kematian kerana sanggup berbunuhan sesama sendiri ..nauzubillah.. 


Puncanya:   
  • Bercakap tanpa berfikir.
  • Menganggap semua orang sentiasa berpuas hati dengan apa yang kita ucapkan .

  • Gurauan yang kita niatkan untuk lawak bersahaja tapi tanpa kita sedari kita telah menyinggung perasaan seseorang.

  • Memfitnah seseorang tanpa mengetahui sebab musabab sesuatu perkara berlaku.

  • Memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukainya

Dan macam2 lagi..awak2 mesti pernah jugak kan terasa dengan apa yang orang lain cakap ? saya pun..tapi kalau boleh take it easy..lumrah kehidupan..no one’s perfect..kadang2 kita sendiri tak sedar yang kata-kata kita jugak pernah menyinggung perasaan orang lain. 

Jadi..kalau boleh sentiasa berfikir sebelum bercakap..apa kata kita yang mulakan dulu gaya percakapan yang baik?? InsyaAllah,secara spontan mereka juga akan bertutur dengan kata-kata yang sopan.


Berdasarkan apa yang saya pernah lalui , berkomunikasi dengan orang yang baik pertuturannya,tanpa kita sedari kita akan rasa rendah diri jika kita bercakap gaya2 sempoi dan rock lantas kita akan cuba berbicara dengannya secara baik dan sopan..hehe..betul e?? tu pandangan saya laa…maybe pandangan awak lain..


Tapi apapun,yang penting bercakaplah bila perlu sahaja.


 kawal lidah dan mulut dengan baik..:)


'Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata:Rasulullah s.a.w bersabda 'Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu~pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut,kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya,apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.'
(Riwayat Abu Daud)


sekian.that's all

 papai..wassalam ..http://www.emocutez.com 

 

Comments

  1. saya mmg suke berckp.. takot jugak org terasa.. hurmm

    ReplyDelete
  2. hai awk :) terasa dengan kita ke ? kita mintak maaf tautau ^^,

    ReplyDelete
  3. mulut ni kalau xjaga dengan betul,boleh memusnahkan segala galanya dalam hidup kite...jadi berfikir la dulu sebelum berkata-kata... :)

    ReplyDelete
  4. sis teha : hehe..takpe..tak salah byk ckap...yang pnting tak mnyakitkan hati org lain...^^

    RIA :haha..takde kaitan nn sesape laa~menulis sambil menasihati diri sendiri..:)

    Mr.Clive:yupp...kata-kata ibarat pedang yg tajam..*hee~bermadah pulak..

    Sis ungu :yupp..jd kena kawal kata-kata kita kann?? :)

    ReplyDelete
  5. yup kadg2 kite x sedar...ada mase nye lebih baik diam :)

    ReplyDelete
  6. fitrah seorang manusia normal ada segala macam perasaan...

    ReplyDelete
  7. paling banyak aku pernah rasa ialah perasaan sakit hari..perrhh..
    tapi better silent than say..

    ReplyDelete
  8. wa'alaikumussalam. hhhmmm. betul tu. kerana mulut badan binasa, silaturahim boleh rosak. tentang yang terakhir tu betullah tu. bergaul dengan orang baik akan buatkan kita terasa malu dan nak berubah jadi baik. moga Allah memelihara lidah dan anggota badan kita dari perbuatan yang tak elok :) insyaAllah ^^,

    ReplyDelete
  9. salam kenal dari kami dik.... semoga ceria selalu....

    ReplyDelete
  10. betul2.. jgn byak ckp sangat nanti kena gam ^^

    ReplyDelete
  11. sometimes silent is gold, speech is silver...

    ReplyDelete
  12. terlanjur kata binasa..
    jaga la mulut..klu tak leh jage beli insurans mulut cept2.. :D

    ReplyDelete
  13. NAL pernah rasa perasaan tu, kdg2 kita bercakap pun tak sedar kalau2 org yg dengar tu terasa hati..senstiviti ti sgt penting tapi kita manusia biasa.. :)

    ReplyDelete
  14. tu laa.. lps nie kena control laa sikit time brck[ tu.. hahahha !

    ReplyDelete
  15. terima kasih bg pendapat yang bernas :)

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi bagi pendapat ^_^

Popular Posts