Aku dan masa depan ^_^

Assalamualaikum dan salam ceria (: 

Apa khabar saudara2 saya walau di mana kalian berada , harapnya semua dalam keadaan sihat dan bahagia bersama insan tersayang ..Bagaimana iman hari ni ? InsyaAllah PASTI semakin baikkan? ^_^ 

Hurm , mungkin ini post terakhir sebelum menjelang tahun kenaikan barang 2014..*eh ..hehe .. okey ini bukan propaganda politik tapi kenyataan .. mesti ambil tahu jugak tau ..okey secara kasar, sekarang ini  mak ayah kita yang tanggung beban uruskan segala perbelanjaan makan minum , pakaian segala bagai, tapi masa depan nanti ?? siapa lagi kalau bukan kita,takkan masih nak bergantung harap kat mak ayah lagi..kita nak bagi anak cucu kita makan apa ? wajib untuk kita fikirkan dengan sewajarnya tentang isu ini dan pintakan perubahan. masa depan generasi akan datang lebih mencabar. fikir-fikirkanlah ..*muka serius nih .



Okey , back to the main post .. (: 

Saja nak ajak kalian gambarkan dengan saya keadaan diri kita yang akan datang bersama cita-cita yang ingin dicapai pada masa depan kelak.Mustahil kalian tak ada cita-cita atau erti kata lain wawasan*bukan wawasan 2020 tu ea..hehe..tapi nak katanya berapa ramai yang mampu merealisasikan impiannya dengan mudah.Dunia tak semudah yang kita rancang..semuanya PASTI berbalik kepada Allah.Jika Allah kata kun fayakun maka akan jadilah,tidak ada yang mampu menghalangnya.

Tapi sekarang apa yang saya lihat,semakin sedikit orang yang bersyukur apabila berjaya menggapai impian masing-masing.Seolah-olah “they did it by themselves” .. tanpa bantuan sesiapa.Berapa ramai umat islam disaat kejayaan dalam genggaman mereka melakukan sujud syukur dan berterima kasih kepada Allah..Sebaliknya apa yang kita lihat semakin tinggi pulak sesorang tu melompat , menjerit2 dan macam2 adegan yang tuut ..hurm..*nasihat untuk diri sendiri..memang sukar nak gambarkan kegembiraan yang kita peroleh..tapi alangkah Indahnya jika kita berbalik kepada Allah PASTI terselit kemanisan dan keindahan yang lagi sukar nak digambarkan + dapat pahala tau.

Teringat masa result SPM dulu..walaupun result SPM saya biasa2 jeh ,masih ada seorang sahabat ni mesej ,

“Alhamdulillah , tahniah untuk bakal peguam syariah kita..cik eton sayang..Saya redha dan syukur dengan result saya..Inilah result saya yang terbaik sepanjang bergelar pelajar SPM .Allah berfirman mafhumnya : jika engkau bersyukur maka aku akan tambah lagi nikmat yang banyak maka akan ku tambah lagi nikmat yang lebih banyak dan baik buatmu iaitu hambaku yang bersyukur dan yang hanya berharap redhaku dalam ibadahnya kepadaku .. ^_^ ”

Walaupun mungkin ayat ni biasa je kita dengar , tapi semasa saya membacanya seolah satu inspirasi yang luar biasa,sebab masa tuh macam agak down tapi rupanya keputusan sahabatku ini lagi tidak seperti yang diharapkan..tapi , disebabkan keyakinanNya dengan ketentuan Allah adalah yang terbaik sekarang nun telah jauh terbang ke mesir mengambil kos pergigian..cantikkan perancangan Allah ! 

Dan saya pula masih selamat di bumi Malaysia meneruskan pengajian di madrasah tarbiyyah kiri kanan bukit, yang dahulunya bukanlah fokus utama apatah lagi terlintas dalam impian masa depan sebabnya matlamatku dulu nak sangat sambung LAW UIA ...Tapi kini saya yakin perancangan Allah sememangnya adalah yang terbaikk .. ^^ Malah cita-cita saya sekarang adalah untuk menjadi seorang pakar psikologi Islam ..InsyaAllah ..sebab saya lihat bidang ini adalah satu bidang yang luar biasa, memahami sikap manusia, kenapa, bagaimana mereka melakukan sesuatu.Besarnya kuasa Allah mencipta tiap-tiap hambanya dengan sikap yang berbeza.. 



YA ! mungkin saya terlalu letak harapan yang menggunung tentang cita-cita saya, tetapi saya akan tetap yakin dengan ketentuan Allah. Satu perkara yang paling penting dalam mengusahakan sesuatu perkara adalah bagaimana cara untuk menjadikan perkara itu satu kenyataan. Jangan sekadar usaha sekerat jalan sahaja tetapi segala cabaran perlu ditempuhi dan sentiasa bersifat sentiasa merentas masa hadapan bermula dengan hari ini.

Jummm..kalian pun berhak merasai begini . teruskanlah perjuangan kalian , Allah sedang melihat usaha kita dan setiap UJIAN yang mendatang adalah tanda kasih sayangNya terhadap kita dan ingin melihat sejauh mana kita mengatakan kita meletakkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah . apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang-orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah..




wallahua'alam , sehingga ketemu lagi tahun depan..
maaf atas salah silap ..
jum, jadi hamba Allah yang berwawasan!! ^_^ 
papai ...




Dakwah seorang ketua

Assalamualaikum dan salam ceria :) 

jum tengok video nih .. 

semoga bermanfaat !

video

sekian , SELAMAT BERDAKWAH !!

jangan pernah mengeluh...Allah sentiasa bersamamu ..

MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS

jumpa lagi di lain masa ^_^



nilai air matamu ^_^

Assalamualaikum dan salam ceria ^_^

apa khabar semua ? sihat ?? hurm, ke sakit ? syafakAllah .. semoga kalian diberi kesihatan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan ..haa , kalau dah tau sakit , cepat2 pergi cari penawar , tak kisahlah nak berubat dari segi tradisional @ moden..yang penting mengikut syariat..nak tau sebab apa ? sebab diri kalian sangat berharga ..diri kalian layak untuk disayangi bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri..kalian juga  adalah pemuda-pemudi islam yang akan terus berjuang untuk menegakkan syiar islam..siapa lagi kalau bukan kita? Bila lagi nak mula kalau bukan sekarang..kita adalah penggerak , mungkin tak sehebat para ulama’ , para syuhada’ terdahulu tapi sekurangnya kita masih ada sumbangan untuk Islam..takkan nak tunggu sampai kita umat islam diserang baru nak memepersiapkan diri dengan perisai agama. Lantas , jum sama2 kita berubah .. yup , sakit memang sakit tapi berusahalah mencari penawar dan perbanyakkan berdoa selagi hayat dikandung badan.

“sessungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”  dengan kesakitan yang Allah beri tu bukan sekadar sakit, mungkin sebagai kesedaran , ujian @ sebagainya..yang penting semuanya PASTI ada HIKMAH ..  ^_^



ok,  lama pula muqaddimah ..hehe .

berbalik kepada tajuk …^^ nilai air matamu  ..siapa suka menangis ? n menangis tu sebab apa ?

sejujurnya lumrah manusia memang akan mengalirkan air mata tak kisah lelaki @ perempuan . Kebiasaannya kita dengar lelaki yang menangis ni tak macho dan perempuan yang selalu menangis ni cengeng atau erti kata lain mengada-ngada.Masing-masing pasti ada pendapat sendiri ..

pada pandangan saya lah kan , hak masing-masing nak menangis tapi ketahuilah sebab sebenar kalian menangis. Kebiasaannya kita biasa menangis sebab :
  • ·         Kecewa
  • ·         Serabut
  • ·         Sedih
  • ·         Masalah datang bertimpa
  • ·         N so on ….


Saya sendiri pun mestilah pernah menangis dan adakalanya tiba-tiba tanpa sebab , pernah berlaku kat korang jugakkan ? ^^ …tapi nak katanya dalam kehidupan kita ni , mesti kita mahukan amalan dan ibadah seharian kita diterima disisi Allah..

Apa kelebihan menangis ? * haa…

Standard jawapan :
  • -          Release stress
  • -          Tenang
  • -          N macam-macam lah ..

Tapi saya lebih suka kepada jawapan :

  •  lembutkan hati 
  •  menenangkan jiwa  
  •  menyembuhkan penyakit-penyakit hati 
sebab apa ? cuba kita flashback balik sebab apa kita menangis .. dan kebiasaan kita lihat orang yang menangis ni akan kongsi masalah dengan sahabat @ orang yang dia rapat .. tapi cuba tanya dia balik yakinkah masalah dia dah selesai ? memang akan release sikit..tapi sejauh mana dia puas semasa menangis tu ?



Saya nak kongsi pengalaman seseorang ni, masa tu sehari sebelum exam syafawi .. dia baru habis muqarrar 1 minggu sebelum tu ..tapi nak katanya betapa dia tak pernah berputus asa untuk terus iadah ..sampai lah malam yang esoknya nak exam syafawi ..biasanya dia akan balik iadah pukul 11 malam , tapi malam tu agak lain .. pukul 10 dia dah bersiap2 nak balik ..sahabat yang iadah dengannya pun agak pelik dengan tingkah lakunya macam dah habis iadah 100% sebab tersenyum memanjang padahal sebelum itu dia punyalah risau tak habis iadah lagi..bila ditanya , dah habis iadah @ belum , dia jawab belum..tapi dia kata dia dapat sesuatu…

Rupa-rupanya , semasa dia sedang iadah di kelas sorang-sorang , tiba-tiba dia menangis ..menangis bukan menangis biasa tapi menangis tersedu-sedu .. katanya masa tu dia serahkan segalanya kepada Allah mengenai iadah Al-Quran .. dan berasa sangat tidak mampu untuk teruskan.. tapi , dia kata saat dia tengah menangis tu lah.. tiba-tiba terasa seolah Allah sedang mendakapnya seerat-eratnya .. seolah sedang dipujuk untuk bersabar dan tenang .. masa tu sangat selesa dan tenang sehingga tak mampu nak gambarkan kebahagiaan yang sedang dirasai .. walaupun suasana itu sebentar cuma tapi katanya segala masalah yang sedang menghimpit diri terus hilang …TERUS HILANG …

                                                                -the end –

K, berhenti sampai situ je ea.. panjang lagi nanti dah meleret .. :)

MasyaAllah masa tahu cerita ni rasa macam teruja sangat dan jeles lah jugak kenapa aku tak dapat rasa macam mana dia rasa ..tapi Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk orang lain merasai kebahagiaan yang sedang dia rasai.. hurm , jelas tak point yang saya nak sampaikan ..simple jeh ..

1 . Letak kebergantungan sepenuhnya kepada Allah
2.  Menangis kerana Allah

Mungkin lepas2 ni kita boleh ubah tujuan sebenar kita menangis dengan doa yang saya nak kongsi ni.. ^^ InsyaAllah , sama2 kita boleh amalkan lepas ini dan sama2 mendapat manfaat …

" Ya Allah rezekikanlah kepadaku sepasang mata , yang selalu mengalirkan air mata ,yang air mata itu boleh menyembuhkan jiwaku dengan air mata - air mata yang menitis kerana takutkan engkau ya Allah , sebelum nanti air mata darah yang keluar "

-riwayat imam at-thabrani-
  
  

wallahualam.. semoga bermanfaat , sekian ..

maaf atas kekhilafanku ^_^