a quote to share ^^


Assalamualaikum dan salam ceria..
harapnya semua sihat2 dan ceria selalu..http://www.emocutez.com

jum selami maksud dan isi yang tersirat dari kata2 nih:


renung-renungkan dan selamat beramal..

papai,wassalam http://www.emocutez.com




tiada ungakapan lebih baik .. ^^


Assalamualaikum dan salam ceria.. :)

Apa khabar Iman dan kesihatan hari ni? Alhamdulillah..muga iman semakin bertambah dan kesihatan lebih baik..InsyaAllah..hargailah kedua2 nikmat in sebaiknya tau..bukan senang nak dapat..cuba bayangkan kalau Allah tarik nikmat kesihatan,apa akan jadi pada kita?mesti terlentang sakit..banyak kerja tergendala n macam2..begitu juga dengan Iman..jadinyaa hargailah sebaiknya kedua2 nikmat nih..sayangkan Allah pada kita? ^^

Asyik setelah sekian lama tak menulis jeh kann?? hehe..maaflah , bukan saja2 nak biar blog ni  sunyi tak berteman tapi banyak lagi urusan kat luar sana yang perlukan saya..*eceyh..i mean my studies okeyy n memikirkan masalah umat islam di luar sana.. :) saya tahu..awak2 sekalian pun semakin sibuk kann?? maklumla zaman semakin moden ..jadinya pemikiran yang seiring dengannya diperlukan dan tanggungjawab yang digalas semakin besar..

tapi apapun meh rehatkan minda sambil baca kisah ni:

Tersebutlah kisah di sebuah kampung terpencil. Tinggallah seorang anak perempuan darjah 3 bersama abangnya tingkatan 3, baru sahaja kematian ibunya yang menghidap kanser payudara. Ayah mereka pula dah lama arwah sewaktu mereka masih bayi kerana sakit jantung berlubang.

Lalu, suatu hari, datanglah tok penghulu ke rumah mereka. Katanya nak minta geran tanah untuk disimpan. Arahan dari pejabat tanah katanya. Katanya, takut hilang geran tu nanti susahlah mereka berdua. Jadi, biarlah tok penghulu yang uruskan semua tu. 

3 bulan kemudian.

Dua beradik yang tinggal dengan nenek mereka yang sudah uzur, telah mendapat surat notis untuk berpindah dari rumah itu dalam masa 90 hari. Terkejutlah si abang yang baru tingkatan 3. Terus dibawa notis itu berjumpa tok penghulu.

Si abg: "Tok, ini apa benda ni tok? Kenapa kami dapat notis ni?"

Tok Penghulu: "Tok tak tahu menahu pun tentang ni. Nanti tok tanya dekat Pejabat Tanah."

Si abg yang baru tingkatan 3 itu balik dengan hampa. Di perjalanan pulang, dia lalu di sebuah kedai kopi. Dia terdengar perbualan orang-orang di situ tentang tanah-tanah yang dijual oleh tok penghulu. Orang-orang kampung nampaknya sudah lama tahu perbuatan tok penghulu memindah nama pemilik dengan cara licik kepada nama org perseorangan yang lain. Bagaimana caranya, tidak difahami oleh si abg.

Si abg rasa marah. Berselisih dengan tok imam. Si abg menceritakan hal yg berlaku. Tok imam suruh bersabar dan suruh doakan tok penghulu mendapat hidayah.

Si abg pun balik ke rumah, selama 60 hari adik beradik tu buat solat hajat, minta dimasukkan iman dan diberikan hidayah pada tok penghulu. Tidak pernah sekalipun didoakan dengan sesuatu yang tak baik. Murni hati mereka adik beradik.

90 hari berlalu. Datanglah penguatkuasa, menyuruh berpindah secara paksa dari rumah yang sekangkang kera tu.

Si abg bergegas mencari tok penghulu. Namun hampa, tok penghulu memberikan jawapan yang sama, "Tok dah cuba sedaya upaya..ni mesti kerja orang pejabat tanah ni.."

Akhirnya rumah kecil mereka dirobohkan. Tanah milik anak yatim piatu ini dirampas. Nenek tua yang uzur, terkejut dengan apa yg berlaku, meninggal dunia seminggu selepas itu. Ibarat jatuh ditimpa tangga.

Maka, merempatlah dua beradik itu. Si abg berhenti sekolah dan bekerja sebagai pencuci kereta full-time utk menyara persekolahan adiknya. Hinggalah suatu malam, adiknya demam kuat. Dibawa ke hospital, kata doktor adik menghidapi leukimia.

Menangislah si abg...lalu si abg berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya kami ini dizalimi oleh mereka yang zalim. Jika benar mereka salah, Kau hukumlah mereka. Sesungguhnya kami ini juga manusia biasa, tahap kesabaran kami ada batasnya. Jika benar hidayah masih ada utk mereka, berikanlah. Namun, jika hukumanMu lebih berhak ke atas mereka, maka Kau jalankanlah. Engkaulah sebaik-baik pemutus segala hal. Aamiiin.."

3 bulan kemudian. Si adik meninggal dunia. Tinggallah si abg sebatang kara menjalani hidup. 

20 tahun berlalu.

Suatu hari, si abg ternampak headline berita di dada akhbar Harian M-Terok:

"Mantan Tok Penghulu Meninggal Dunia - Pecah Perut"

Dibacanya berulang kali, sah itu memang dari kampungnya. Beliau terus beristighfar berulang kali. Sungguh, doa orang yang dizalimi
tidak pernah tertolak. Biarpun doa itu ke atas sesama org Islam.

Yang zalim ada saham utk kezalimannya.

Sungguh, Allah Maha Adil. Cepat atau lambat, hukumNya akan tiba jua. 

Orang zalim mampu ketawa berdekah-dekah hari ini, tapi bila tiba saatNya hukuman Allah datang, lihatlah samada dia mampu tersenyum lagi.

tamat.. :)

macam mana ?? jelas tak mesej yang cuba nak disampaikan..secara terus terang kita boleh kaitkan kisah ni dengan keadaan umat islam sekarang terutama di palestine. saya..awak..dan kamu2 yang di luar sana umat islam bukan?bagaimana perasaan anda melihat keadaan saudara seagama kita ditindas..dizalimi..dibunuh dan segala yang seangkatan dengannya..pastinya tersirap darah kita bukan?jadinya ambillah pengajaran dari kisah ni..kita mungkin tak ada senjata yang besar nak serang dan melawan israel taaappiii kitakan ada ALLAH ! ..sama2 kita perbanyakkan berdoa supaya ISRAEL LAKNATULLAH mendapat balasan dan azab yang setimpal dengan perbuatan mereka.

sehingga bertemu lagi di lain masa..
wassalam..


hakikat kehidupan


Assalamualaikum dan salam ceria ..http://www.emocutez.com

Mungkin ini post terakhir sebelum melangkah memasuki alam semester yang ke-2.mohon maaf ya..^^ demi mengejar cita-cita sanggup ku lupakan segala kesukaanku,kemahuanku dan segalanya..*eceyh..hehe..masa pantas berlalu..tidak ku sangka diriku ini sudahpun melangkah masuk ke alam U..dan telahpun tamat sem 1 dengan keputusan yang.. Alhamdulillah.. :) 

tak banyak yang saya nak bicarakan..cuma nak coretkan.. apakata kita imbas kembali siapa kita yang dahulu?? adakah kita masih seperti dahulu??@ lebih baik daripada dahulu??@ lagi teruk daripada dahulu??

kalian punya jawapan mana satu? InsyaAllah mesti semua lebih baik daripada dulukan?tak kisah lah lebih baik dari segi apapun tapi yang penting hari-hari yang pantas berlalu memberi kesan positif dan perubahan yang baik kepada kita walaupun sedikit.



sejujurnya,saya sendiri pun kadang2 rasa diri ini masih sama macam dahulu..takde perubahan..terkenang kisah2 silam ..pahit manis dan segala bagai ..blurr dengan kehidupan dan apa yang sedang berlaku..tapiii...itu semua tak lama...*JUST FORGET ABOUT YOUR PAST* ehem2, maksud saya bukannya salah nak kenang masa lalu.. tapi,kalau boleh limitkan masa untuk perkara2 sebegitu..fokus semula dalam kehidupan..

YA!! memang susah nak lupakan kenangan pahit maniss tu..peritkan nak lupakan begitu sahaja??TAPI.. belajarlah dari pengalaman yang sudah dilalui tu..tetapkan matlamat hidup..*SET YOUR TARGET* ..

Ajal maut di tangan tuhan..kita tidak tahu bila kita akan dijemputNya..yang penting kita perlu sentiasa bersedia walau di mana jua..ramai impikan nak masuk syurga bukan?tapii...berapa ramai yang buat persiapan menghadapi hari akhirat kelak ?(sama2 kita muhasabah) *nasihat untuk diri sendiri juga..begitu juga dengan fokus hidup kita..siapa yang tidak mahu mengecapi kejayaan walau sebesar zarah sekalipun? Pasti dan sudah pasti semua orang impikan kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup..jadinya, usahalah dari sekarang..*LOOK FORWARD INTO YOUR LIFE*



ramai antara kita selalu mengatakan :

  • "aku takde masa depan dah"
  • "alah..dari dulu smpai sekarang aku belajar sama jeh..tak pernah pandai pun"
  • "aku bosan lah jadi dewasa banyak komitmen sana sini..penat."  

dan sebagainya...hakikatnya,inilah kehidupan..suka saya sentuh ayat yang ketiga "aku bosanlah jadi dewasa banyak komitmen sana sini..penat" ...maknanya..seseorang tidak mahu meningkat dewasa sebab tak suka buat banyak2 kerja...habis tu, susah payah mak ayah kita buat kerja sana sini,membesarkan kita dari kecik sampai besar tidak difikirkan pula?? yang kita tahu kita nak kena suap dan goyang kaki jeh memanjang??

Sedarlah wahai sahabat-sahabat sekalian,ini realiti kehidupan..kita tetap kena laluinya walau sesukar manapun. Jadinya..sama-samalah kita berusaha dan buat yang terbaik dalam apa jua perkara..InsyaAllah..muga Allah permudahkan segala urusan kita dan muga Islam kembali cemerlang..

"kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa..kadangkala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.Sekiranya lemah,kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan" 





Sehingga bertemu lagi di lain masa dan tika..salam ukhuwah..

papai,wassalam http://www.emocutez.com 


0h, my english


Assalamualaikum ..i hope you all have a blissful day ..http://www.emocutez.com

Today for the first time throughout my life I wrote my post in English..  Maybe it’s broken English but never mind I like to try new things.. today my English post might be worse, but if I keep on trying I hope my English writing would be much better. Some people would say, “hey you, don’t be so arrogant with your English, shame on you.. do not forget your roots , you’re just a Malay girl "…

=.= …hey dude ,what type of species are you? Shame on you who can’t think further about life.. English language nowadays is a common thing.. Everywhere uses English …as an example in Malay also uses English.. See this :
  • ·         Mak,ali nak pergi TOILET…
  • ·         DADDY nak pergi mana tu?
  • ·         Babai ayah.. *bye2
  • ·         Kau memang TERROR
  • ·         Tempat ni memang BEST

And so on.The fact is most of us uses English everyday.. BUT ..please…don’t use it wrongly.. modern Malaysian uses Rojak Language often rather than using full English or full Malay . Rojak Language is a highly controversial topic, as language purists accuse it was merely bad use of English and may cause a crisis in language proficiency.

Hence,use proper language okay? Using English language doesn’t mean that i’m forgetting my “bahasa ibunda” but i’m just practicing towards facing the world out there.so,come on change our mind set! Be a person with a brain.. if people out there can try to talk in our malay language why can’t us? Think about it..

okeyh,nih versi malay dan english:

Meh layan citer ni:

Pada suatu petang,seorang pelancong asing telah datang ke gerai buah-buahan milik peniaga tempatan.

Pelancong : Excuse me,what is this?

Penjual     : Apa dia?Mercedes?Saya tak pakai Mercedes.Proton Saga je.

Pelancong : What did you say?

Penjual     : Tuan jangan merepeklah.Tuan nak mati makan pasir?

Pelancong : I don’t understand.What are you saying about?

Penjual     : Ooo.Round about.Memang bas yang tuan mahu naik itu akan lalu round about.

Pelancong : You must be crazy.You’re wasting my time.

Penjual     : Apa??tuan nak anak saya ,Rozie???

Maka berlakulah adegan kejar mengejar antara pelancong asing dan penjual buah.http://www.emocutez.com 

the conclusion is try to learn English even some people said it is quite hard but surely i want to say..ENGLISH IS FUN!

i like Mr.clive writing in his blog..very creative and did enjoy reading his post ..congrats.^^ 

k,that's all..wassalam ..



Di suatu petang ...



Assalamualaikum dan salam ceria..http://www.emocutez.com

Jutaan kemaafan dipinta  setelah sekian lama blog ini tidak diupdate..maaf ye..^^ harapnya semua adik2 ,kakak2, abg2 ,pakcik makcik n semua sihat2 selalu dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya.terima kasih kepada sahabat2 bloggers yang comel2 n silent readers yang kiut miut yang masih sudi jenguk blog saya yang tak seberapa ni.

Setelah sekian jari jemari ta menari di papan kekunci nih rasa tak sabar nak cerita n  kongsi pengalaman saya di suatu petang yang hening.. 

Segala-galanya bermula pada jumaat yang lalu.

Masa tu , otw nak balik rumah naik ktm..cuti sem la katakan..jadi keterujaan untuk balik rumah sangat membuak2..maklumla sepanjang hidup tak pernah tak balik lebih daripada 2 bulan, faham2 jela perasaan rindu nak balik rumah macam mana..huhu..

Alkisahnya bermula bila petang tu hujan, kebetulan masa tu saya follow dua orang senior saya yang  kebetulan salah sorangnya one way nak balik Gombak..bertolak dari DQ pukul 2.35 target tren pkul 3.20..otw nak pergi ktm singgah klinik gigi coz akk senior tu ada urusan..dalam masa nak tunggu giliran jumpa doctor ktorang kira2 masa tak sempat na kejar tren..then ktorang batalkan temujanji dengan doktor n terus cabut naik prebet n gerak ke ktm..dalam prebet tuh ktorang mengugun pakcik driver untuk cepat sikit tapi dia kata “tak sempat dah nak kejar tren..percayalah” ..sampai jeh ktm kelam kabut ktorang gi beli tiket..sampai2 jeh jam tepat pukul 3.22 ..n pegawai kat situ kata,tren baru je gerak..masa tuh..rasa macam dusshh =.=..lambat laa smpai uma cnih coz next tren pukul 4 cam tuh.

Tunggu punya tunggu…sampai la tren pukul 4 cm tuh…

Masa gerak tuh ktorang bersyukur la jugak..even lambat tapi jika redha dengan apa yang berlaku maka Allah akan tambahkan nikmat yang lebih banyak kepada kita.SAYANGKAN ALLAH PADA KITA? Otw berhenti setiap stesen,pasti punyalah delay 15 min-setengah jam..sebabnya petang tu hujan lebat n dengar2 kata ada stesen2 tertentu banjir..so memang sesak sangat orang..maklumla dengan orang balik kerja,balik cutinya* sayalaa..^^ n ntah dari mana2..tapi yang penting sesak..

Sampai stesen kepong siyes sangat2 sesak n delay punyalah lama..masa tuh dah pukul 6..*masa tuh sepatutnya dah smpai rumah..nak taknak tunggu jelah walaupun masa tu fikir nak sampai kl sentral lama lagi apa lagi nak turun lrt taman melati..sabar jelah..kebetulan tiba2 daddy kol tanya kat mana n jawab la kat kepong..n daddy cakap turun jeh kat kepong nanti dia datang.masa tuh feeling cam indahnya dunia..sebabnya masa dalam ktm tuh sangat2 sesak..na keluar pun penyek2 dengan orang..*jenuh cakap EXCUSE ME 

10 min lepas keluar tuh baru ktm tuh gerak*punya lama delay..saya pun duduk la kat mana2 seat yang ada depan tempat mesin tiket yang semuanya ROSAK..tak lama lepas tu ada tren lain henti jadinya berbondong2 lah orang keluar n lari2 beratur nak cucuk tiket..yang tak tahannya semua cucuk2 tiket tapi tak boleh..masa tuh saya fikir manalah pegawai2 kat sini,tolonglah bagitau diorang semua mesin nih rosak..tunggu punya tunggu takde pegawai pun datang.. disebabkan rasa belas kasihan tengok pakcik makcik,kakak abang bawak barang2 berhenti nak cucuk tiket tak lepas..saya pun bangun la buat isyarat kat diorang n cakap “pakcikmakcik…..jalan je terus mesin ni rosak*sambil buat isyarat tangan jalan terus

Masa tuh rasa segan n kelakar pun ada jugak.tapi pikir balik apa salahnya tolong orang kann2?? ^_^ ingatkan orang2 yang turun tren tu jeh saya kena buat macam tuh..tapi.. rupanya berderet 3 tren yang lepas tu saya tetap jadi pegawai sambilan yang tiba2..hehe..

Tapi kan ada sekali tuh masa satu tren yang berhenti, penuh sangat dengan orang dan sangat2 sesak..sesaknya sangat2 luar biasa.rasanya tak pernah nampak tren yang sesesak tuh.masa tuh rasa macam nak menangis pun ada jugak..sebab rasa macam sedih n takut sangat tengok orang penyek2 dalam ktm dengan keadaan delay 30 minit..Ya Allah masa tuh terus terlintas macam mana keadaan dekat alam mahsyar nanti?seluruh manusia di dunia akan dikumpulkan dengan bawa amalan masing2 ..dengan keadaan ramai sangat2 orang..sungguh tak dapat dibayangkan..muga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang dipermudahkan jalan ke syurga ..InsyAllah..sama2 kita muhasabah ye…

harapnya tak jadi sampai tahap seramai ni lah..hehe

Akhirnya tepat jam 7 daddy saya pn sampai..masa tuh fikir begitu hebatnya pengorbanan ayah, kerja dari pagi sampai petang dengan keadaan hujan dan jalan raya sesaknya.. sanggup jugak mai datang jauh2 amek anak dia  “ABI..terimakasih…^_^ ” lastly sampai rumah pukul 7.45..masa tuh memang kelam kabut la juga nak solat semua,tapi yang penting bersyukur sampai jugak ke rumah akhirnya.

Macam tulah ceritanya..sori la panjang sangat..fokus yang saya nak kongsikan ialah tentang:

  • perasaan syukur dan redha tuh wajib ada dalam diri..jika ditimpa musibah ucap Alhamdulillah.. dan hadirkan rasa syukur dalam diri sebab kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku selepas itu.
  • Point kedua adalah ingatlah mati selalu, tak semestinya ingat mati tuh kita lupakan 100% hal duniawi tapi kita seiringkan dengan urusan dunia dan akhirat*nasihat buat diri sendiri yang selalu alpa juga..sama2 kita cuba untuk berubah ye..
  • point yang ketiga hargailah pengorbanan mak ayah yang selalu akan sanggup buat apa sahaja demi kita..buat mereka yang masih ada mak ayah belajarlah sungguh2 dan tekad dalam diri wajib balas jasa mereka suatu hari nanti..jadilah anak yang baik kerana anak kita kelak akan mengikut perlakuan kita..dan bagi yang ketiadaan mak ayah berdoalah banyak2 untuk mereka ye..semoga terus kuat semangat dan tabah mengahdapi segalanya.




Sekian,sehingga bertemu di lain masa..masa untuk blogwalking*da lama ta jalan2…wee~

Wassalam.papai..http://www.emocutez.com


Kisah KITA

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya.

Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

=====================================

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' sebagai lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


sama2 kita jadikan kisah ini sebagai pengajaran bersama..InsyaAllah.. :)





Assalamualaikum sahabat blogger dan silent readers sekalian..:)
lama tak bertanya khabar kan?harapnya semua sihat2 selalu..mohon maaf la ye..sekarang sy memang agak busy dan semakin kurang masa dan kesempatan nak update blog..tapi takpe blog nih InsyaAllah tak akn pernah terbiar..selagi ada masa sy akn cuba update..kepada sahabat2 blogger..minta maaf sangat2 lama tak jalan2 kutip ilmu kt blog awk2 sekalian..apapun sy harap ukhuwah antara kita tak akan terputus begitu sahaja ye..^^

sekian ,sehingga kita bertemu di lain masa..doakan kejayaan saya menempuhi ranjau kehidupan yg agak mencabar sekarang..

wassalam..  

p/s: cik adek maneess BALQIS<3 ..sori lama tak terupdate..org sini byk busy maa..sori ssgt..^^ ...nty kte cuti sem kte update everyday okaayy?? :D

sanah helwah ya jamilah ..^_^


Assalamualaikum dan salam ceriahttp://www.emocutez.com..

Apa khabar iman hari ini?semakin bertambah?Alhamdulillah..^_^..harapnya semua sihat2 selalu ya!!

Ramadhan Kareem hampir menjelma..sudahkah kita bersedia??mesti semua dah tak sabar nak sambut ramadhan kali ini kann??sama2 kita jadikan bulan ramadhan yang akan datang ini adalah yang terbaik..hehe..(excited nak  sambut ramadhan kali ini sbnarnya..^^) ..*entry pasal Ramadhan nih next post ok?

Okeyy..bersempena tarikh istimewa hari ini..---->19/7/2012<----…saya umumkan hari ini adalah hari lahir seorang sahabat saya yang sangat2 comel..:) ---------> NOR DAYANA FITREEN BT ABDUL HAFIZ…nih pic dia..




Kalian mungkin ada yang dah kenal dia dan mungkin ada juga yang baru nak kenal dia kann?simple pengenalan..she’s 18..happy go lucky..sentiasa ceria sokmo..kuat semangat..n seorang yang sangat baik ..InsyaAllah..saya kenal dia sejak ting.1 lagi(classmate sjak f1 smpai f5)..tapi masa tingkatan 1 tuh biasalah saya tak ramai kawan lagi..hehe..tambah lagi nak buat kawan tuh macam tak reti sangat..haa..nak tau something special pada sahabat saya nih?? jeng...jeng...jeng...dia nih kalau ketawa..mesti nangis sekali..hehe..comel gituh kann..she's special in her own way..apapun masing2 mesti ada keistimewaan tersendiri kann?

k..bawah nih love letter untuk dia..kalau kalian nak baca..bacalah..kalau takmau boleh tutup mata… hehe..

Assalamualaikum  dayana,aku taktau  kau baca benda alah ni di mana ataupun bila..yang penting ak harap kau baca..maklumla jauh kita terpisah..hehe… :P ..how's life sekarang?maaflah lama jarang cntct(semua gara2 kau maxis ak clcom..haha)..last cntact kat chat fb hari tuh..^_^..ak harap kau sentiasa sihat n maintain kiut..hee~….cepat sungguh kan masa berlalu? f4 dlu rancang pndah smka sama2..n janji akan patah balik kalau tak boleh nak go on..n bnde tuh jadi kenyataan..haha..tapi ak patah balik awal…kau menyusul after ak..^^..?taun lepas angan2 nak apply law…alih2 kaw jeh dpat..ak ta dapat..huhu…tapi takpe…Allah dah rancang yang terbaik untuk diri masing2..Apapun ak harap kau sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang.. kadang2 memang kita akan rasa down dengan ujian yang kita lalui..tapi ingatlah dan mintalah pertolongan daripada NYA…nescaya DIA akan membantu mu..^^…k lah..apapun..ak nak minta maaf atas segala salah silap…halakan makan minum segala bagai sepanjang perkenalan kita..kot2 ada saki baki salah ak kat kau yang tak terhapus lagi..huhu…maaf ye..last word ANA UHIBBUKI FILLAH ABADAN ABADA..sahabat sampai  syurga!!SANAH HELWAH YA JAMILAH!!MUGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..

Kenangan yang lalu mengingatkan kita sejarah kehidupan ,pengalaman bersama mengajar betapa berertinya perjuangan,dugaan yang datang menguatkan lagi kesabaran,kepahitan yang ditanggung akhirnya menjadi satu kemanisan ikatan persahabatan pembakar semangat setia kawan..^^


Usia yang panjang adalah nikmat tidak ternilai, dengannya kita dpat terus beribadat, berdakwah, merasai nikmat, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia diambil semula pemilikNya, maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.Sebab itulah jika kita ingat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan yang sangat bermakna. Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan” (Surah al-Araaf, ayat 34).








k...that's all..sehingga bertemu lagi di lain masa..wassalam.. http://www.emocutez.com

i miss my childhood...

Assalamualaikum dan salam ceria...http://www.emocutez.com
pantas sgguh masa berlalu..maka "terlama" sungguh blog tak diupdate..maaf yaa..apapun saya harap awak2 semua sentiasa sihat n ceria2 sokmo k...

Nothing much to say nowadays..but just look at this picture..it reminds me to my childhood...


 ..betul kann?? siapa pernah buat cengginih silalah sengih sorang2.. :)

k,that's all sekian..wassalam..
bertemu lagi di lain masa..http://www.emocutez.com

creativity..^_^

Assalamualaikum...
setelah sekian lama tak berceloteh...http://www.emocutez.com
harapnya semua sihat2 n ceria2 selalu ye..
meh tengok nih... 

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V


kreativ tak?hehe

k..that's all..
papai ..wassalam..jumpa di lain hari...http://www.emocutez.com


p/s: jum baca nih..sesuatu mengenai dakwah ..:)

Adab terhadap guru ^_^

 Assalamualaikum dan salam ceria...http://www.emocutez.com
setelah beberapa minggu tidak bersua..harapnya semua sihat2 n molek2 selalu ye..:)

haa..kali ni sukacitanya saya nak kongsi satu kisah benar yang betul2 pernah terjadi di Malaysia satu masa dulu..berkaitan dengan adab terhadap guru.

nak tahu?

jum BACA :

Alkisahnya bermula dengan sebuah kelas ni(sekolah tahfiz)..kira umumlahkan tidak ada kelas yang boleh bertahan diam dari mula sampai habis kelas melainkan diam sebab tidur..:) tapi berbeza dengan kelas ini..dari mula kelas sudah mula buat hal..macam2 ragam ..yang betul2 nak belajar ada,yang nak main2 pun ada n macam2 lagi..tapi dalam ramai2 pelajar kelas ini suka saya kongsi sikap salah seorang pelajarnya..pelajar ini  benama Siti..dia memang seorang budak pintar dan cerdik.tapi sayangnya kecerdikannya hanya pada helaian kertas peperiksaan sahaja bukan secara menyeluruh.

Pada suatu hari,siti ni tidur dalam kelas..gurunya cuma membiarkan pada mulanya kerana menganggap mungkin siti ni letih..tapi setelah beberapa ketika...gurunya pun mengejutnya dengan baik..tapi dia tidak terjaga..gurunya mengejutkan siti lagi untuk kali ke 2 dan kali 3..dan untuk kali ke 3 siti pun terjaga ..

sebaik sahaja terjaga dengan kelam kabutnya, siti bertanya kepada gurunya:

Siti : ye ustaz!...ustaz nak saya baca ayat(Al-Quran) yang mana?(tanyanya dengan gaya yang angkuh dan sombong)

Cikgunya hanya tersenyum dan menyuruhnya membaca ayat2 tertentu..Lalu siti dengan bangganya membaca ayat tersebut dengan lancar..Cikgunya masih lagi tersenyum melihat tingkah lakunya tanpa memarahi perbuatannya itu..

Keesokan harinya ,ada peperiksaan subjek tahriri (menulis ayat Al-Quran) yang dihafal..Siti dengan sedianya duduk dan beria2 ingin menjawab peperiksaan tersebut kerana yakin dengan kehebatan dirinya..Sedang dia mengeluarkan pen..tiba-tiba sahaja tangannya seolah-olah terkena strok..kejang dan tidak mampu untuk menulis..perkara ini berlarutan sehingga habis peperiksaan..Siti tidak mampu untuk menjawab sepatah pun jawapan apatah lagi nama pada helaian kertas.

Sebaik sahaja habis peperiksaan siti terus berlari menemui ustaz yang mengajarnya semalam dan memohon maaf..Pada mulanya ustaznya tidak mahu memaafkannya..tapi hati seorang guru mana mungkin mahu melihat keadaan anak muridnya teruk sebegitu rupa..kemaafan dihulur dan ustaznya membaca ayat2 penawar untuk menyembuhkan kembali tangannya..Alhamdulillah tidak lama kemudian tangan siti kembali seperti sedia kala..
ustaznya berkata:

"saya sudah tahu kamu akan GAGAL sebelum kamu mengambil peperiksaan lagi"

Kini..Siti masih di Malaysia tapi sayangnya tidak dapat menyambung pelajaran ke mana2..kecerdikannya tidak mampu membawanya ke mana2..:'(

Sahabat2 sekalian sama-samalah kita mengambil iktibar dari kisah ini ye..sebagai kesimpulan..guru juga seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan..hormatilah ia kerana ilmu yang ada padanya sangat berharga dan bernilai..

 sekian.http://www.emocutez.com

The teacher who is indeed wise does not bid you to enter the house of his wisdom but rather leads you to the threshold of your mind.

 


sehingga kita bersua lagi di masa akan datang ye..http://www.emocutez.com
wassalam..


 
 







maafkanlah

Assalamualaikum dan salam ceria  http://www.emocutez.com

Apa khabar awak2 sekalian?harapnya semua sihat2 dan dalam keadaan ceria selalu..setelah sekian lama tak mengupdate..hari ni curi2 masa sikit untuk mengupdate blog yang tak akan pernah bersawang nih..^^ ...mekasih banyak2 kepada awak2 yang masih sudi lagi jenguk2 n ziarah blog saya sambil tinggalkan jejak walaupun tuan punya blog agak kurang aktif sejak kebelakangan nih..sebab sibuk sangat..maklumla dah bergelar budak U..lagipun tempat saya belajar nih tak dibenarkan untuk bawa laptop untuk sem 1 sampai sem 5..so.bila cuti jela saya akan sempat update..

apapun...InsyaAllah saya akan sentiasa jenguk blog awak2 sekalian...n  still up to date semua cerita awak2 sekalian..k..jum baca nih..simple..TAPI fahami dan hayatilah maksud yang tersirat..

♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..

♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..

♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..

♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..

♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

memaafkan itu lebih baik dripada berdendam..kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti..

 

 k,that's all...panjang umur kita bersua lagi...

papai ,wassalam ..http://www.emocutez.com






loving touch

Assalamualaikum dan salam ceria..http://www.emocutez.com 


Kaifa haluka wahai saudara saudari sekalian..?jawab jangn tak jawab.. ^-^ ..harapnya semua sihat2 belaka InsyaAllah..

Bagaimana dengan hari2 yang dilalui? Seronok?gembira?kecewa?sedih? @ takde perasaan? ^_^ …takpe2…kepada yang tengah syok2 gembira tuh..tahniah laa sebab awak pilih untuk gembira…tapi ingat segembira manapun kita, ada batasnya....n kepada yang tengah bersedih tuh…usahlah bermuram durja..saya mungkin tidak tahu apa yang awak2 alami..tapi saya harapkan awak tabah dan kuat menghadapi segalanya k? ^_^ …CHEER UPP !!

 K,back to the main point..loving touch..penting sangat kah?

Apa yang awak2 faham mengenai loving touch? Jangan salah faham mengenai loving touch ni..sebab ianya tak terkait langsung untuk pasangan2 couple..tapi saya lebih tekankan untuk sesama ahli keluarga.Loving touch nih maksudnya lebih kurang macam sentuhan kasih sayang.Awak2 tentu pernah alaminya bukan? 

Contohnya antara kita dengan ibu kita..kebanyakan ibu2 yang penyayang lebih kerap memeluk ,mengusap,mencium (n segala yang seangkatan dengannya) anak2 mereka…lantas ia akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak2 diiringi perkembangan emosi yang stabil.

Kesan sentuhan si ibu terhadap anak lelaki dan perempuan sebenarnya berbeza..Individu perempuan mudah pulih atau terubat dengan sentuhan apabila mengalami masalah emosi seperti merajuk, sedih, kecewa, risau mahupun marah manakala anak lelaki yang kurang mendapat sentuhan kasih sayang ibu bapa akan menjadi individu dewasa yang kasar.Tetapi jika disentuh sambil dinasihati, mereka lebih mudah mendengar atau mengikut nasihat.

Tapi,suka saya tekankan di sini…seorang anak tidak seharusnya menyalahkan ibubapanya 100% sekiranya dia terlibat dengan masalah sosial yang negatif.. diri kita sendiri berhak tentukan jalan hidup kita..sama ada menjurus ke lembah kegelapan ataupun sebaliknya..Meskipun tanpa sentuhan kasih sayang ibubapa tidak bermakna kita kehilangan segala-segalanya..InsyaAllah pasti ada yang masih menyayangi kita. Allah itu Maha Adil dan Maha penyayang..tiap apa yang Dia tentukan pasti ada hikmahnya..:)

Akhir kata ..dipetik daripada hadis Rasulullah :

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


binatang pun ada sifat kasih sayang :)


sekian ,wassalamhttp://www.emocutez.com

smile..

assalamualaikum..

nothing much to say today..

just look at these picture..

i bet you all have done and gone through this.. 




this ...




and this




that's all..papai 

wassalam ..