Posts

Adab sebelum tidur

Image
Assalamualaikum :)
Dalam melaksanakan apa jua tuntutan fitrah manusia, ianya perlu diiringi dengan kefahaman agama  yang mendalam agar peroleh lebih ganjaran pahala dan manfaat yang berterusan. Antaranya adalah keperluan untuk tidur. Bagi manusia biasa, tidur adalah satu nikmat yang tak terhingga berbanding umat Islam yang mempunyai pegangan agama, akan menganggapnya sebagai satu ibadah. Setiap individu seharusnya melaksanakan adab-adab sebelum tidur dengan sebaiknya. Hal ini bertujuan menjaga hubungan dengan Allah dengan lebih baik dan menghindari anasir-anasir jahat yang akan menganggu semasa tidur. Antara adab-adab yang perlu dilaksanakan adalah :

1.Mengambil wudhu’

Sabda Rasulullah S.A.W :
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan shalat.” (HR. Bukahri dan Muslim)

2.Membersihkan diri dan tempat tidur

Membersihkan diri dimaksudkan dengan memastikan pakaian tidur dalam keadaan bersih dan tidak …

Student VS Exam

Image
Assalamualaikum ^_^
Musim exam. Terkadang aku hairan kenapa masa musim exam inilah aku rasa macam banyaknya makhluk-makhluk suci dalam debu. Takdelah. Benda ni realiti kat mana-mana tempat sekalipun kan? Asal musim exam nilah surau-surau dan masjid penuh, ramai stay up sampai tengah malam, lagu-lagu nasyid berdendang dan ayat al quran dipasang (katanya untuk menghilangkan stress belajar) hurm. Inilah manusia.
Aku tak salahkan mereka yang bersikap demikian. Mungkin itu adalah titik permulaan mereka memulakan suatu kebaikan. Bahkan aku turut menyokong tindakan mereka macam tu TETAPI kalau boleh aku taknak benda ni jadi masa musim exam sahaja. Menjadi seorang muslim bukanlah bermusim tapi sepanjang masa. YA, SEPANJANG MASA. Namun realiti yang aku lihat adalah pelajar yang sering ponteng kelas, lewat hadirkan diri ke kelas, tidak menumpukan perhatian dalam kelas dan banyak lagi. Terlalu banyak. Alih-alih kau nak harapkan exam kau cemerlang dengan 1st class degree ?? Mungkin kau akan dapa…

Ingatlah Allah dalam jagamu.

Image
Assalamualaikum :)
Rasulullah saw bersabda:
 “Ingatlah Allah ketika senang, maka nescaya Allah akan mengingatimu ketika engkau susah.”  (al-Hakim)
Aku ingin kongsikan kisah benar yang pernah berlaku  pada diri aku sendiri di saat aku mula berhijrah. Aku tak nafikan bahawa tindakan aku untuk melakukan suatu perubahan dalam hidup adalah tindakan yang sangat sukar. Kenapa aku kata sukar? Sebab aku hilang kawan. Kawan-kawan yang sentiasa supportive dengan kau dari dulu. Yang kenal luar dalam kau. Alih-alih aku sendiri terpaksa disisihkan kerana aku sendiri yang pilih jalan ini. Masa tu memang rasa macam totally lost & hilang arah tuju hidup. Tapi dalam keperitan yang aku hadapi tu Allah hadirkan kembali insan-insan yang sentiasa tulus menyanyangiku tanpa henti iaitu keluarga aku sendiri. Mulanya memang kekok lah kan. Sebab family nilah yang aku sendiri pernah jauhkan diri suatu masa dhulu. Tapi atas satu tekad untuk terus berubah aku mula mengenal Allah, aku mula rapat dengan keluarga…

Mendidik Generasi Yang Minat Membaca.

Image
Assalamualaikum w.r.b.t 
Memiliki minda yang cerdas dan tajam adalah impian bagi setiap individu. Namun tidak semua manusia diciptakan memiliki kesempurnaan sebegitu rupa. Allah menjadikan manusia dengan berbagai keadaan ini, agar manusia dapat berfikir tentang kejadiannya dan boleh mengaitkannya dengan keagungan dan kebesaran Allah S.W.T. Dengan kemunculan pelbagai gajet yang canggih pada masa kini, hal ini sedikit sebanyak telah menafikan hak pembacaan secara meluas. Perkara ini dapat dilihat apabila generasi muda masa kini kurang menonjolkan minat untuk membaca kerana terlalu sibuk dan asyik dengan gajet yang sentiasa dalam genggaman.
Permasalahan ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa bahkan perlu dibanteras sebaiknya bagi menjamin generasi masa hadapan yang lebih berkualiti. Generasi yang terdidik adalah generasi yang mempunyai ilmu dan daya berfikir yang kritis seiring dengan kefahaman agama yang mendalam. Usaha untuk melahirkan generasi sebegitu rupa hendaklah bermula sejak …

Berpeganglah kepada Al Quran, As-Sunnah dan para ulama'

Image
Assalamualaikum w.r.b.t

Firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 155 yang bermaksud :
Dan Al-Qur’an ini adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat.
Melihat kepada keadaan masyarakat masa kini yang semakin hanyut dibuai hiburan yang melalaikan sehingga membelakangkan tuntutan agama adalah suatu perkara yang dilihat semakin menjadi kebiasaan  namun sangat membimbangkan kerana bertentangan dengan agama Islam. Ianya seolah menjadi tuntutan kepada masyarakat masa kini untuk mengejar cara hidup yang berkiblatkan masyarakat barat kerana dibimbangi akan digelar golongan yang ketinggalan zaman dan tidak “uptodate” dengan keadaan semasa.
Lambakan permasalahan sosial yang semakin menjadi-jadi ini harus dibanteras dan dicegah dengan sebaik mungkin yakni dengan berpegang teguh kepada ajaran AL QURAN, AS SUNNAH dan juga PARA ULAMA’. Berpegang teguh yang dimaksudkan adalah tidak jemu untuk terus menuntut ilmu dan bertalaqqi untuk memperole…

Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah.

Image
Firman Allah S.W.T dalam surah At-Talaq ayat 3 yang bermaksud
.....Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)....
Berdasarkan ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa apabila seseorang hamba itu meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah, maka mereka akan peroleh rasa kecukupan yang luar biasa yang mana tidak mampu untuk diterjemahkan rasa tersebut oleh akal manusia. Rasa cukup tersebut bukan sahaja terletak pada harta mahupun wang ringgit, bahkan dapat merasai nikmat hikmah dan rahmat yang diberikan oleh Allah melalui ujian-ujian yang dilalui. Kebergantungan kepada Allah ini sedikit sebanyak menanamkan suatu jati diri yang kukuh dalam diri. Hal ini kerana, kita akan sentiasa meyakini bahawa Allah sentiasa bersama kita dan tidak akan pernah tinggalkan kita walau dalam keadaan apa sekalipun.
                Tiap kali kita merasakan diri kita dalam keadaan yang paling lemah, usahakan untuk terus bangk…

Niat Menuntut Ilmu

Image
Assalamualaikum w.r.b.t.. ^_^
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan"


Dalam melayari perjuangan menuntut ilmu, masih ramai lagi manusia yang terlepas pandang dan memandang enteng dalam aspek adab dan akhlak. Sedangkan perkara inilah yang seharusnya diberi perhatian dan tumpuan yang lebih. Namun segalanya terletak pada niat penuntut ilmu itu sendiri.  Adakah benar mereka mahu menguasai ilmu tersebut ? atau sekadar ingin dilihat cerdik pandai di mata kasar or…