Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah.
Firman Allah S.W.T
dalam surah At-Talaq ayat 3 yang bermaksud
..... Dan (Ingatlah), sesiapa berserah
diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya)....
Berdasarkan ayat tersebut
jelas menunjukkan bahawa apabila seseorang hamba itu meletakkan sepenuhnya
pergantungan kepada Allah, maka mereka akan peroleh rasa kecukupan yang luar
biasa yang mana tidak mampu untuk diterjemahkan rasa tersebut oleh akal manusia.
Rasa cukup tersebut bukan sahaja terletak pada harta mahupun wang ringgit,
bahkan dapat merasai nikmat hikmah dan rahmat yang diberikan oleh Allah melalui
ujian-ujian yang dilalui. Kebergantungan kepada Allah ini sedikit sebanyak
menanamkan suatu jati diri yang kukuh dalam diri. Hal ini kerana, kita akan
sentiasa meyakini bahawa Allah sentiasa bersama kita dan tidak akan pernah
tinggalkan kita walau dalam keadaan apa sekalipun.
Tiap kali kita merasakan diri kita dalam keadaan yang
paling lemah, usahakan untuk terus bangkit semula. Dan bangkitnya diri kita perlu
diiringi dengan doa dan pengharapan dari Allah dan keberkatan ibubapa kita.
InsyaAllah PASTI Allah akan buka jalan yang terbaik untuk kita. Buka mata buka
hati. Sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah
sehingga ke saat ini. Semoga Allah kurniakan kebaikan untuk kita semua.
InsyaAllah.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment
terima kasih sudi bagi pendapat ^_^