Student VS Exam




Assalamualaikum ^_^

Musim exam. Terkadang aku hairan kenapa masa musim exam inilah aku rasa macam banyaknya makhluk-makhluk suci dalam debu. Takdelah. Benda ni realiti kat mana-mana tempat sekalipun kan? Asal musim exam nilah surau-surau dan masjid penuh, ramai stay up sampai tengah malam, lagu-lagu nasyid berdendang dan ayat al quran dipasang (katanya untuk menghilangkan stress belajar) hurm. Inilah manusia.

Aku tak salahkan mereka yang bersikap demikian. Mungkin itu adalah titik permulaan mereka memulakan suatu kebaikan. Bahkan aku turut menyokong tindakan mereka macam tu TETAPI kalau boleh aku taknak benda ni jadi masa musim exam sahaja. Menjadi seorang muslim bukanlah bermusim tapi sepanjang masa. YA, SEPANJANG MASA. Namun realiti yang aku lihat adalah pelajar yang sering ponteng kelas, lewat hadirkan diri ke kelas, tidak menumpukan perhatian dalam kelas dan banyak lagi. Terlalu banyak. Alih-alih kau nak harapkan exam kau cemerlang dengan 1st class degree ?? Mungkin kau akan dapat anugerah tu, tapi hubungan dengan Allah dan keberkatan seorang guru tidaklah semudah yang engkau jangkakan.

Apa guna cemerlang akademik tanpa akhlak yang baik? 

Akhlak yang baik inilah bermula dengan hubungan kita dengan Allah. Bagaimana kita berinteraksi dengan Allah dalam solat kita, dalam doa kita bahkan dalam urusan seharian kita. DI MANA ALLAH DI SISI KITA ? Mengapa seolah dipermainkan kewujudan Allah? Hakikatnya agama Islam tidak perlukan kita, akan tetapi kita sangat memerlukan kepada agama Islam. Satu-satunya agama yang mampu untuk membimbing kita kepada jalan yang benar. Seiringkanlah perkembangan ilmu dengan adab-adab yang dituntut dalam syariat.

 Baikilah dan jagalah hubungan dengan Allah. Mohonlah supaya sentiasa dalam lindungan rahmatNya. Rasakan kewujudan Allah dalam setiap keadaan, kerana perkara inilah yang akan sentiasa memperbaiki mutu peribadi diri kita.  Insyaallah. Semoga aku, kau  dan kalian peroleh syurga yang dijanjikan Allah. 

Wallahua’alam

Comments

Popular Posts