Madah bicara
Assalamualaikum ,
Fahami maksud yang tersirat ye kawan2 .Moga mendapat kebaikan bersama.
- Indah bukan pada zahir, tapi terletak pada tutur, terhampar pada pekerti, terserlah pada santun, tersentuh pada hati. Yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata hati.
- Harta yang paling menguntungkan SABAR, Teman yang paling akrab AMAL,Pengawal Peribadi yang paling waspada DIAM,Bahasa yang paling manis SENYUM,Ibadah yang paling indah KHUSYU'.
- Perkukuhkan bahteramu..kerana samudera ini amat dalam,perbanyakkanlah amalanmu.. kerana perjalanan ini amat panjang,ikhlaskan amalanmu...kerana pencatatmu sungguh teliti.
- Beku air mata kerana kerasnya hati,Kerasnya hati kerana banyaknya dosa,Banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan,Panjangnya angan-angan kerana banyaknya dosa.
- Bila hati berbisik,jiwa akan terusik mendengar getar di dada, mengukir senyum di bibir, menyegarkan jasad, memperkasa kudrat, untuk terus melangkah, meniti hidup menulis sejarah..
- Lidah seorang bijak itu di belakang hatinya,jika ia berkata ia kembali kepada hatinya, maka jika baik baginya ia berbicara,jika tidak baik ia diam. Adalah mereka berkata, "Bahawa hati orang bodoh itu pada hujung lidahnya,tidak kembali pada hatinya, apa yang datang pada lidahnya dia ucapkan.
- Biar betapa kasihnya kita kepada seseorang itu, ingatlah bahawa cinta kita hanya milik Allah..Berkasihlah sesama manusia, namun bercintalah dengan ALLAH..
- lmu menginginkan untuk diamalkan. Apabila orang mengamalkannya, maka ilmu itu tetap ada. Namun sebaliknya, jika tidak diamalkan, maka ilmu akan hilang dengan sendirinya. (Sufyan ats-Tsauri).