Simple Intro DARUL QURAN

Assalamualaikum dan salam ceria ? kaifa haluk ?saya harap kalian sentiasa dalam keadaan sihat walafiat & sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya . ^_^

Utamanya , nak minta maaf setelah sekian lama blog tak diupdate..tak berblogwalking n so on..genap 4 bulan dah sebenarnya.kay atas permintaan sahabat sekolah saya , beberapa orang junior n silent readers.. *bajet jeh..hehe.. akhirnya tercapailah semula hasrat untuk kembali blogging ..InsyaAllah akan cuba kekalkan..

K, nak dijadikan cerita tetibe terdetik nak update pasal satu Institusi Pengajian kat Malaysia .. kalian pernah dengar tak Darul Quran ? disebabkan tak dapat pergi INTRO DQ kat sekolah hari tu, meh saya intro kat sini jeh..k,utamanya sejujurnya tak layak pun nak cakap ini tempat saya belajar sebab jika diikutkan , saya bukanlah insan hebat & budak tarbiyyah seperti orang lain..tapi mungkin tempat ini adalah sebagai salah satu wasilah yang Allah berikan untuk saya *hamba hina* kembali kepada fitrah.

Alhamdulillah , bakal bergelar pelajar sem 4 bukak cuti nanti .Sejujurnya , DQ ni tempat tarbiyyah saya yang pertama . *maklumla saya cuma sekolah menengah biasa ^^ .banyyaakk sangat yang saya baru tahu ,antaranya apa itu tarbiyah,kepentingan ilmu agama,biah solehah,usrah dan banyak lagi.. Alhamdulillah.kay2 kalau diikutkan memang banyak sangat nak kongsi tapi point utama nak perkenalkan DQ ..hehe..*permintaan adek manees .. suatu masa dahulu.. ^^




okey mula dengan penubuhan DQ ..haa .. cer klik sini ..ada sejarah lengkap .

DQ sekarang dah naik taraf IPT . InsyaAllah .. hari tu Dato’ Seri Najib ada cakap kat radio Ikim.. ^^ ..so jangan risau , pembelajaran kat sini ada harapan yang sangat besar untuk sambung ijazah ke mana sahaja,termasuk oversea..berdasarkan pengalaman senior2 terdahulu*InsyaAllah ..

Ada tiga jenis program pengajian bawah DQ ni :
  •   Persijilan
  •   Diploma
  •   Ijazah

Pengajian persijilan ni khusus untuk pelajar lepasan sains . tempoh pembelajaran kat DQ 1 tahun setengah . Menghafal Al-quran sambil belajar tajwid, english, understanding islam dan mungkin ada tambahan lagi..Pelajar persijilan ni bila dah habis tempoh pembelajaran kat DQ InsyaAllah akan link terus ke UIA . *seronokkan ?

Kalau Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran pula, mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun).Disebabkan 3 tahun, mungkin orang kata , “tak rasa lama ke belajar 3 tahun?” oppss , anda silap .. semakin lama berada di sini semakin kerdil rasanya diri kita di sisi Tuhan dan betapa ceteknya ilmu yang ada pada kita ..Banyak pengalaman membina diri kita sebenarnya.

Ok2 ,antara course untuk student diploma *course=syukbah:
  • Dakwah
  • Syariah
  • Muamalat
  • Qiraat
  • Hadis

Pembelajaran syukbah dakwah lebih kepada bahasa melayu,tapi ada jugak dalam bahasa arab , contohnya subjek hadis , fiqh , b.arab dan seangkatan dengannya.kalau syukbah lain tuh pasti dalam bahasa arab..seronok tau belajar bahasa arab ..siapa lagi kalau bukan kita yang akan pelajari , fahami dan mendalami bahasa arab ni.





Okey , berkaitan dengan subjek kat DQ ni ..subjek utama adalah Al-Quran . Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah , seperti yang kita tahu Al-quran ini mukjizat yang kekal sehingga akhir zaman ,tiada lagi mukjizat yang ada di bumi ini melainkan Al-Quran.Sebaik melangkah ke DQ ni, pastinya jadi amanah yang sangat besar untuk kalian menghafal , mentadabbur, menjaga dan memelihara Al-Quran. Kelas Al-Quran ini akan bermula pada setiap pagi pukul 8 sampai 10.Sejujurnya menghafal ayat-ayat Allah ini bukan sepertimana kita menghafal subjek-subjek biasa.cuba kalian duduk sorang2 n cuba mengahafal sepotong ayat , kemudian semuka dan kemudian sejuzu’ ..kalian pasti dapat merasai sesuatu andai benar niat menghafal kerana Allah .

Seterusnya, kat DQ nih setiap tahun akan diadakan STTQ (Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran & SAQ (sijil asas qiraat) . SAQ ni , untuk lepasan SPM masa bulan 3 macam tuh . Kalau berminat nak timba ilmu qiraat dan nak rasa biah yang ada kat DQ , sangat dialukan untuk isi borang cepat2 sebab bilangannya terhad kepada 50 @ 60 orang je campur banin banat.*sebelum masuk DQ saya pun join SAQ ..*best



Kemudahan yang ada kat DQ , Alhamdulillah .. mencukupi dan sesuai dengan suasana . Bak kata tetamu yang datang DQ , mesti kata tempat ni tenang , mungkin sebab kecantikan masjid @ air tasik yang tenang @ pokok2 yang menghijau @ dengan biah yang ada kat DQ ..wallahu’alam ^^

Apa lagi ea ? haa, Jap2 nak sentuh sikit pasal tarbiyah :
Secara ringkasnya, ‘Tarbiyah Islamiyah’ adalah proses penyiapan manusia yang soleh, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan dan tindakannya secara keseluruhan.Sama-sama kita buka hati untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri ke arah lebih baik (pembentukan fardhu muslim) lantas mampu untuk sampai ke tahap USTAZIYATUL ALAM ..InsyaAllah


bekas student SMK SUNGAI PUSU  :)

credit to ustazah Azlinda ^_^


“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31). Kepada mereka yang mencintai Allah dan berazam menuju kepadanya Seerah RasulNya itulah jalan menuju kepadaNya.

K, mungkin setakat sampai di sini sahaja .ada nak tau apa2 tanya je k..InsyaAllah saya cuba tolong.Akhirul kalam , moga bermanfaat untuk kalian ..



program bersama Syeikh Nuruddin 



subhanallah , cantikkan ? :)


pemandangan dari atas


aktiviti riadhah juga tidak ketinggalan 


road to SUKMAT ^^




pelajar cemerlang DQ ^^


Marbawi , nanti kte graduate sama2 ea , InsyaAllah :) 


barisan pimpinan PERKEMAT Darul Quran


wallahua'alam .. bertemu lagi di lain masa , InsyaAllah 

p/s : kepada adik2 sg pusu yang berminat nk masuk DQ,belajar sungguh2 ,buat leklok SPM nanti & apply untuk diploma .. InsyaAllah ada rezeki , pasti tempat kalian bersama kami... ^^ 






Comments

  1. wah,ni pun tempat akak menimba ilmu dahulu,walau hanya sebentar cuma :)

    ReplyDelete
  2. as salam, kalau guna result trial spm untk ambil sijil sahaja ke ? lepas tu kalau smbg uia boleh pilih course apa2 je ? *minta penjelasan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak, nak tanya saya dapat dip tahfiz al-quran kat darul quran, tapi saya masih tidak jelas kalau selepas habis dip kat situ, ijazah apa ya yang sesuai dengan dip lepasan DQ ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. kalau selepas habis dip byk bdang boleh ambil.. skrg akk n kwn2 akk da msuk UKM,UM,UIA,UNISZA,USIM.. ambil fakulti pengajian Islam..misalnya dakwah,syariah,arab dan tamadun Islam,usuludin, quran sunnah.. walaupun nampak sme mcm diploma, tp hakikatnya byk sgt bnde yg kita akan dalami.. ada jgak yg ambil fakulti ekonomi pengurusan sebab semasa di DQ ambil bahagian muamalat.

      Delete
  4. klo xdpt temuduga mcm mne ekk boley mohon x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..cuma kena buat rayuan..ada rezeki InsyaAllah dapat. tapi yg penting masa iv tnjukkan kesungguhan:)

      Delete
  5. klo xdpt temuduga mcm mne ekk boley mohon x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau xdpt tmuduga, mnx maaf dik.. yg tu akk xdpt tlg..InsyaAllah ada hikmah yg lebih besar Allah nak tunjuk.

      Delete
  6. Assalamualaikum akak. Akak ade fb tak? Klu ade, bole tak sye nak pm. Sye nak tanye tentang program diploma di dq ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, boleh dik : faizah husna . DP gmbr bdak2 ye.

      Delete
    2. Terima kasih kak. Sye dah pm akak :D

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu akan dapat tau kat depan bilik intrview. biasa akan tampal nama.

      Delete
  9. assalam kak. saya student spm. saya berminat dgn DQ ni. nak tanya. dq minta real spm ke trial punya? bila keluar borang untuk next year? itu je terima kasih kak.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, saya sekolah harian biasa .. arab ada sampai form 3 je kalau form 4 n form 5 takde.. jadi kalau nak mohon diploma punya kalau takde arab spm cemana ye?

    ReplyDelete
  11. Assᴀʟᴀᴍᴜᴀʟᴀɪᴋᴜᴍ ᴋᴀᴋ, ᴀᴘᴀᴋᴀʜ sᴇʙᴀʙ sᴇʙᴀʙ ᴜᴛᴀᴍᴀ ᴀᴋᴀᴋ ᴍᴇᴍɪʟɪʜ ᴅᴀʀᴜʟ ǫᴜʀᴀɴ? ᴛᴏʟᴏɴɢ ᴊᴀᴡᴀʙ sᴇᴋᴀʀᴀɴɢ ᴋᴀᴋ. Tᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam :) sebab akak nak merasai sendiri ruh Al Quran dalam diri di samping pengalaman yang akak lihat sendiri kejayaan dari aspek akademik & sahsiah senior2 lepasan Darul Quran. Sejujurnya Darul Quran tempat belajar akak paling best dan paling indah ^_^

      Delete
  12. kalau pelajar yang sudah menghafal 30 juzuk sebelum masuk DQ, masih boleh apply lagi ke (bagi tujuan memantapkan hafazan)? dan kalau boleh, berapa lama masa yang boleh diambil untuk menghabiskan mengulang di DQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangat boleh wak. memang ramai pljr di dq dr klgn yg sudah khatam.

      Delete
  13. Assalamualaikum,maksud nak masuk sana, pembelajaran cuma menghafal Qur'an kha? Yuran bagai mana pula dan asrama?

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi bagi pendapat ^_^

Popular Posts