^_^

Assalamualaikum dan salam ceria :)


Tetiba tergerak hati ni nak tulis tentang ibu dan ayah.Sebenarnya saya nak kongsi kisah usrah n makan-makan bersama muallaf beberapa hari yang lalu , tapi tu InsyaAllah next post..sori ye alang NABILA HUDA.

takpelah ok je kan semua , mungkin saat saya menulis ni mungkin agak emosi .. hehe , kenapa ? biasalah sometimes memang kita akan ada rasa macam tu kan tiba-tiba..mungkin juga sebab 2 perkara berlaku HARI INI tentang mak ayah.

pertamanya , ada seorang kakak ni yang pada pandangan saya seorang yang sangat sporting dan sangat ceria tapi di sebalik raut wajah dia ada 1001 kisah .. ayah dia sekarang kat ICU menghidapi penyakit thyroid dan paru-paru masih lemah, kena pakai oksigen, ayah akak ni jugak mula jatuh sakit pada tarikh yang sama kehilangan kapal terbang MH370  .. kebetulan akak ni anak bongsu , faham-fahamlah kan. Tadi duduk sembang dengan akak ni tiba-tiba dia kata semalam akak mimpi ayah akak meninggal .. walaupun akak tu yang mimpi tapi jujurlah saya cakap saya yang sebak yang teramat dan terus macam down, sepatutnya saya yang kena bagi semangat kat akak tuh tapi akak tu pula yang menceriakan saya semula..saya nak cakap akak kena kuat pun saya tak mampu sebab saya tak ada kekuatan seperti biasa . Entahlah , mungkin saya pernah rasa situasi macam tuh dan berharap takkan berulang.

*mohon doakan kesejahteraan ayah kepada kakak ni .Biarpun kalian tak mengenalnya tapi jika betul niat ,InsyaAllah doa akan sampai dengan izin Allah.

keduanya , tiba-tiba saya teringat seorang kawan sekolah saya she's an orphan .. 
antara ayat dia  :

Bila aku start stress, aku mula rindukan arwah mak. Aku bukan tak terima qada' dan qadar Allah. Cuma, aku rindu. Aku teringin nak luahkan macam macam dekat mak. macam-macam hendak diceritakan. Sometimes aku jealous dengan sesiapa yang rapat dengan ibu dia. Anak perempuan mesti laa nak dekat dengan mak dia kan. Aku tak fokuskan dekat overall, hanya sesetangah anak perempuan jee yang rapat dengan mak. 

Dan jangan terkejut kalau ada anak lelaki yang rapat dengan mak dia. Sometimes orang akan kasi gelaran " anak mak". wahai lelaki, berbangga laa dengan gelaran itu. Sebab itu tanda nya korang menghargai ibu korang. Yeah. jangan lupa ayah juga. 

Bila aku rindu , aku akan menangis. Mungkin aku tak dapat luahkan, aku menangis, Aku menangis bukan tanda aku lemah or aku cenggeng bagai. Aku tahu menangis lagi buat mak sedih. Bila aku rindu, aku sedekahkan al-fatihah untuk mak or baca Yassin. 

okey , saya tak tahu nak cakap apa cumanya saya harap sangat bagi mereka yang masih ada mak ayah , hargailah dan sayangilah mereka .. Itulah sebenarnya anugerah terindah yang tidak akan ada pengganti .. bagi mereka yang telah kehilangan salah seorang atau kedua-duanya semoga terus kuat semangat dan banyakkan berdoa .. InsyaAllah semoga mereka termasuk dalam golongan yang diredhai Allah .. 



Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian Allah sahajalah yang akan berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan kebesaran daripada Allah pada saat-saat bala musibah itu, yang kadang-kadang tidak mungkin didapati dengan sembahyang dan puasa.

Kenangilah jasa dan pengorbanan mereka itu. Kasihanilah mereka di hari tua.Hulurkanlah bakti kepada mereka sepanjang masa. Mudah-mudahan hari tua mereka dipenuhi kegembiraan, alam barzakh mereka dipenuhi ketenangan dan dipermudahkan Allah kepada mereka untuk memasuki syurga-Nya pada hari akhirat.

wallahualam , jumpa lagi .. 
papai.. wassalam 

hanya orang sakit tahu nikmat sihat ^_^


Assalamualaikum dan salam ceria , ^_^

apa khabar awak2 sekalian ? sihat ?? hurm, ke sakit ? syafakAllah .. semoga kalian diberi kesihatan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan ..haa , kalau dah tau sakit , cepat2 pergi cari penawar , tak kisahlah nak berubat dari segi tradisional @ moden..yang penting mengikut syariat..nak tau sebab apa ? sebab diri kalian sangat berharga ..diri kalian layak untuk disayangi bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri..jangan tunggu sampai melarat pula ye.. ^_^

okey ,  berbalik kepada main post , HANYA ORANG SAKIT TAHU NIKMAT SIHAT..

Hari berganti hari ,Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari.Tanpa disedari dicelah-celah hari yang dilalui, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.



Sejak kebelakangan ni dapat tahu ramai sangat insan2 sekeliling saya sakit , sama ada family ataupun kawan2 dan ada juga yang telah menemui Ilahi..sejujurnya sedih sebab ada antaranya ayah kena tahan ICU sebab thyroid n jangkitan kuman , ibu kena operate , demam panas dan macam-macam , tambah lagi dengan cuaca sekarang yang tak menentu. Yakinlah Allah turunkan ujian bukan tanpa sebab tapi yakinlah PASTI ada HIKMAH.

Dan acapkali juga kita dengar keluh kesah orang yang bertanyakan :

"kenapa suratan hidup aku macam ni ? "
"kenapa aku diuji dengan sakit sebegini rupa ? "
"kenapa aku ??orang lain semua senang , aku je yang asyik susah.. "

tapi , hakikatnya inilah antara asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan berlapang dada.Ujian dan dugaan itu ibarat alat permainan sahaja.Bukankah Allah sudah berikan kita nikmat berganda-ganda. Ujian ibarat selingan semata-mata.Mungkin ramai yang akan kata mudahnya kita nak tutur sebegini rupa , YA !! saya faham sakit memang sakit nak hadapi setiap ujian tapi seandainya kita yakin PASTI ada hikmah dan berbalik kepadaNya InsyaAllah kita mampu untuk melihat ujian itu sebagai nikmat.




Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286) "

Adakalanya saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita serta kehilangan orang tersayang.Saya juga pernah diuji dengan sakit yang tidak pernah dijangka namun apakan daya , saat itu kita hanya mampu menangis dan kuatkan semangat serta yakin dengan Allah. Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmat darimu bila-bila masa sahaja"

Akhir kata , teruskan bersabar dan banyakkan berdoa untuk semua orang , jangan mudah mengalah..Semoga Allah terus berikan kekuatan kepada saya dan kepada kita semua.




jum sama-sama : 

- jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. 
- melihat ujian juga sebagai nikmat ( Kerana daripadanya kita akan kenal kawan atau lawan. Daripadanya kita timba pengalaman. Daripadanya kita belajar untuk maju ke hadapan)

jumpa lagi , papai 
wassalam