hanya orang sakit tahu nikmat sihat ^_^
Assalamualaikum dan salam ceria , ^_^
apa khabar awak2 sekalian ? sihat ?? hurm, ke sakit ? syafakAllah .. semoga kalian diberi kesihatan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan ..haa , kalau dah tau sakit , cepat2 pergi cari penawar , tak kisahlah nak berubat dari segi tradisional @ moden..yang penting mengikut syariat..nak tau sebab apa ? sebab diri kalian sangat berharga ..diri kalian layak untuk disayangi bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri..jangan tunggu sampai melarat pula ye.. ^_^
okey , berbalik kepada main post , HANYA ORANG SAKIT TAHU NIKMAT SIHAT..
Hari berganti hari ,Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari.Tanpa disedari dicelah-celah hari yang dilalui, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.
Sejak kebelakangan ni dapat tahu ramai sangat insan2 sekeliling saya sakit , sama ada family ataupun kawan2 dan ada juga yang telah menemui Ilahi..sejujurnya sedih sebab ada antaranya ayah kena tahan ICU sebab thyroid n jangkitan kuman , ibu kena operate , demam panas dan macam-macam , tambah lagi dengan cuaca sekarang yang tak menentu. Yakinlah Allah turunkan ujian bukan tanpa sebab tapi yakinlah PASTI ada HIKMAH.
Dan acapkali juga kita dengar keluh kesah orang yang bertanyakan :
"kenapa suratan hidup aku macam ni ? "
"kenapa aku diuji dengan sakit sebegini rupa ? "
"kenapa aku ??orang lain semua senang , aku je yang asyik susah.. "
tapi , hakikatnya inilah antara asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan berlapang dada.Ujian dan dugaan itu ibarat alat permainan sahaja.Bukankah Allah sudah berikan kita nikmat berganda-ganda. Ujian ibarat selingan semata-mata.Mungkin ramai yang akan kata mudahnya kita nak tutur sebegini rupa , YA !! saya faham sakit memang sakit nak hadapi setiap ujian tapi seandainya kita yakin PASTI ada hikmah dan berbalik kepadaNya InsyaAllah kita mampu untuk melihat ujian itu sebagai nikmat.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286) "
Adakalanya saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita serta kehilangan orang tersayang.Saya juga pernah diuji dengan sakit yang tidak pernah dijangka namun apakan daya , saat itu kita hanya mampu menangis dan kuatkan semangat serta yakin dengan Allah. Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmat darimu bila-bila masa sahaja"
Akhir kata , teruskan bersabar dan banyakkan berdoa untuk semua orang , jangan mudah mengalah..Semoga Allah terus berikan kekuatan kepada saya dan kepada kita semua.
jum sama-sama :
- jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan.
- melihat ujian juga sebagai nikmat ( Kerana daripadanya kita akan kenal kawan atau lawan. Daripadanya kita timba pengalaman. Daripadanya kita belajar untuk maju ke hadapan)
Comments
Post a Comment
terima kasih sudi bagi pendapat ^_^