Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai

Assalamualaikum dan salam ceria..:)



Gi mana kabarnya??(hehe..nih dalam bahasa indon)..maksudnya apa khabar?.sihatt?? Alhamdulillah.. haa,jum baca soalan seorang wanita berkaitan perhubungannya dan selamilah jawapan yang diberikan oleh si ustaz ye..^^

soalan : 

 assalamualaikum wbt ustaz,

ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi imam dlm solat jemaah di suatu tmpat , suara dia mbaca ayat2 suci al-quran membuatkan ana jatuh cinta pada dia .

dia juga mngajar al-quran pd ana . ana simpan perasaan thdap dia slama 3 bulan dan pd buln 4 hari tu , ana dan dia mula kenal, kami jarang bhubung sbb dia byk mhabiskn masa dia d masjid dan surau sbb dia bilal dan kdgkala dia imam dsurau . tetapi stelah ana menyuarakn yg ana mencintai dia , smnjak aritu dia jarang ke surau dan masjid , byk habiskn masa dgn ana ,bile ana pkir balik , YA ALLAH , ape ana dah buat nie , ana rase bsalah sbb dia dah jarang ke surau krn byk abiskn masa dgn ana bbual kosong , ana btanya pd dia , ape yg kite buat ni dah s! alah , kite dah lalai .

kami same2 akui , dia wat kputusan tggalkn ana slame 3 bulan dan kmudian dia kembali smula , ana ingat dia sudah lupakan ana tetapi dia pula smakin berani suarakn tntg cinta dan skrg kami pggil "abg syg" , dahulu tidak begitu , ana takot sgt , ana kesiankan dia , dia baik orgnya . ana xnk rumitkn hal nie tp jika ana dan dia putuskn nie , kami xkan bhubung lg , ana tak mahu kehilangn dia sbb ana pkirkan dia sesuai jadi imam buat ana dan anak2 ana , bgaimana ana nak lakukan ye ??





jawapan ustaz :

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih atas persoalan.

Memang sudah jelas bahawa saudari adalah punca kepada ‘kekotoran jiwa’ lelaki itu. Kerana kehadiran saudari membuka pintu fitnah, iaitu dia semakin lalai dan jauh daripada Allah. Inilah yang sangat2 dikhuatiri dalam islam, apabila seorang lelaki terdedah kepada fitnah wanita. Maka pasti, syaitan akan segera mengheretnya ke dalam maksiat yang lebih besar.

Dari satu sudut yang lain, si lelaki juga silap kerana membiarkan dirinya hanyut dalam permainan cinta. Itu menunjukkan jatidiri lelaki itu SANGAT LEMAH dan mudah ditewaskan dengan pukulan-pukulan cinta. Sedangkan godaannya tidak berat, tetapi hubungan perasaan itu membuatkan dia khayal dan lupa kepada Allah.

Maka, dalam hal ini kita perlu menyedari bahawa semua orang pernah melakukan dosa dan kesilapan. Semua orang termasuk ustaz pernah melakukan dosa dan kesilapan. Kita bukan manusia maksum. Sebaiknya kita segera bertaubat dan berikhtiar agar setiap dosa itu diampuni. Lalu kita menutup jalan maksiat itu seberapa segera.

Untuk menutup pintu dosa itu cuma dua. Sama ada bernikah terus. Maka hubungan itu sudah menjadi halal. Atau berhenti berhubung. Apabila hati sudah saling mencintai, maka sebaiknya terus berkahwin. Itulah yang terbaik. Jika masih terdapat halangan. Maka perlu diputuskan hubungan. Dan sepatutnya si lelaki perlu lebih kuat dalam situasi ini.

Namun, kerana saudari yang terlebih dahulu mengucapkan SAYANG dan meluahkan perasaan. Wajar juga saudari yang bertegas untuk memutuskan hubungan. Maksudnya, berhentilah berutus SMS dan berbual di talian. Kerana itu sebenarnya adalah dosa2 yang menghampiri zina. Suara wanita yang berbual mesra dengan nada yang lembut itu adalah dosa2 yang menyebabkan hati lelaki sangat terganggu. Malah ia mengotori jiwanya dan kesucian hatinya.

Ramai lelaki yang baik, menjadi rosak kerana tertipu dengan fitnah wanita. Ramai wanita yang baik, ditipu oleh lelaki yang liar. Namun, semuanya adalah permainan SYAITAN. Syaitan memang mahu melihat anak adam rosak dan terheret ke dalam neraka bersamanya. Oleh itu, istighfar dan hati2lah dengan tipudaya syaitan ini. Kerana yang rugi adalah kita juga.

Maka, cepat2nya bertaubat. Segera menjaga hati, zikir dan taubat. Segera berpuasa sunat dan menutup mata dari memandang aurat2 atau menonton filem2 percintaan. Kerana semua itu menggoda kepada maksiat. Kembalikan jati diri lelaki itu ke tempatnya. Mintalah dia melazimi masjid dan surau. Agar Allah menyegerakan kebaikan untuk anda berdua. Insya allah.



THE END ..

dah faham??dah mengerti??Alhamdulillah dan bersyukur kerana mereka masih punya kesedaran untuk berubah..bukan seperti anak2 remaja zaman sekarang(menasihati diri sendiri jugak..:( ..)..sememangnya kalau dah bercinta tuh mak aii...handset tuh asyik berkepit jeh 24 jam betol takk?bukan nya ada urusan apa2 pun tapi..sajeh jeh..penyakit bila bercinta RINDUU..tak boleh nak berpisah walaupun sesaat..tak semestinya pasangan kita bercinta sekarang adalah future husband @ wife kita..kann2? kalau dah galok bercinta dan berkasih dengan si kekasih..nanti tinggal sisa2 cinta jeh untuk future husband @ wife kita..
renung2 kan...:)




Wahai muslimah, jangan sampai dirimu jadi racun kepada lelaki yang baik. Jangan sampai engkau DIPERALATKAN atau DIEKSPLOITASI oleh SYAITAN untuk meruntuhkan keimanan lelaki. Awasi dirimu, batasi suaramu, lindungi kecantikanmu daripada merobek dan merosakkan jatidiri lelaki. Sesungguhnya sebesar-besar fitnah bagi lelaki adalah Wanita. Semoga anda menjadi penenang dan pendamai kepada suami apabila berkahwin nanti. Bukan menjadi duri dalam daging kepada lelaki sebelum berkahwin.


 that's all..papai..

wassalam..http://www.emocutez.com


p/s : soalan n jawapan cuma copy & paste dr blog ustaz cinta  *jum pakat follow blog nih..Best!!...:)
 

syokknya bawak basikal...

Assalamualaikum dan salam ceria..http://www.emocutez.com

Apa khabar awak2 sekalian?harapnya sihat selalu dan sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah..

Haa,syookknya.... bawak basikal?? hehe..mesti ramai yang pernah bawakkan? Tak kisah la  basikal tayar 2 ke tayar 3 ke tayar 4 ke tayar 5..*ade kea?..n..tak semestinya basikal yang korang naik tuh sendiri punya @ orang lain..betul takk?

First time saya bawak basikal umur 3 tahun..of course la bawak basikal 4 roda..yelaa mana nak reti bawak 2 roda lagi..yang tuh basikal sendiri of course..warisan abang..:) ..dah naik besar ckit jinak2 la bawak basikal 2 roda..tapi yang stail rendah skit..yang tuh basikal sendirian berhad punya..takde warisan sape2..kalau tak salah colour pink. .*pompuan la katakan..^^ …

Haa..dah menginjak usia 9 tahun dapat hadiah basikal lagi..hehe.. sebab  dpt nombor 1 dalam exam pertengahan n akhir tahun..masa tuh seronok bukan kepalang..basikal baru tuh besar yang ada gear2 tuh..tapii..kaki tak tak boleh nak jejak tanah lagi..hehe..perkara biasalah kan kalau benda baru jeh mesti excited kann?macam tu lah saya…

Yang paling tak boleh nak lupa masa satu petang uh carry adek kat belakang..*adik diri kat buttershock(alaa..tmpat yang diri kt tayar blkg basikal)..ntah macam mana boleh tergerak hati na buat pacak..a.k.a wheelie...hehe…mana taknya dah tiap2 hari duduk dengan geng budak basikal… macam2 style lah dah tengok..

So..dengan sekuat hati..saya angkat handle tinggi-tinggi…n tayar dia terangkat sekali..waaa~..masa tuh memang seronok…adik kt belakang terjerit2 suruh berhenti… saya suruh dia rilek jeh..tapi tak sampai berape saat lepas tuh tak dapat kawal basikal betul2..GEDEBUMM..DUSSHH…haha..jatuh langgar tong sampah..

Fuuh..yang injured teruk nya adik sebab dia terjatuh ke belakang..saya cuma jatuh ke tepi jeh n yang paling seronoknya betul2 tepi tong sampah…*nasib baik lori sampah dah kutip sampah pagi2..so, tong sampah tuh kosong..

Balik rumah ayah yang terkejut..ingat kan accident ke apa..sebab siku n lutut adik luka teruk…saya simple jeh terkoyak seluar bahagian lutut sbb tersangkut kt basikal.. hee~..malam tuh ayah punya lah angry lepas adik citer semua dari A smpai Z …sob2..yang tak leh tahan nya kena tahan kat rumah tak boleh keluar main petang2 sampai sebulan…tapi..yang lagiii sadis..basikal kena gari kt tiang rumah..sob2.. paham2 jela perasaan kanak2 yang tak boleh keluar rumah..:(

Tapi itulah kenangan yang memang tak boleh nak lupa yang berlaku antara saya dengan adik saya..saya memang macam laki sikit n nakal2 sikit masa kecik dulu.. hehe..tapi Alhamdulillah berkat sokongan keluarga yang sangat tak menggalakkan saya berkelakuan seperti lelaki…akhirnya saya berjaya menjadi perempuan yang sebenar..wink3..




nih baik punya basikal..^^

  
p/s : awak pernah jatuh basikal jugakk??? Kalau pernah..you’re very AWESOME..


That’s all..sekian ..wassalam…http://www.emocutez.com

tiada soalan tanpa jawapan ..

 Assalamualaikum dan salam ceria..^^

perkara biasalahkan kita mengadu masalah sesama member..especially perempuan kann? kadang2 kita dengar luahan hati diorang secara terbuka dan bagi diorang pendapat yang bernas tapi ...pernah tak rasa bosan dengan orang yang datang mengadu pada kita?* i mean sekadar masalah yang sama kalau bercinta atau benda remeh..kalau sekali dua tak heranlah kan??tapi dah setiap kali benda yang sama boleh naik muak la jugak tapi disebabkan kita kan 'good listener' lah sangat.kita pun layan jeh.. 

meh baca soalan panjang, jawapan pendek:

1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-bunga..bercinta sblm kawin haram..bercinta selepas kawin..halal...pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku malu ah nak approach dia. Dah 8 bulan 10 hari aku pendam perasaan ini.

Jawapan: Bak no dia.

9. Aku dah lama tak solat. Dah cuba solat, tapi malas lik. Pastu aku tak solat terus. Camana nak rajin solat ni?

Jawapan: Jadi makmum aku.

10. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-bila. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. ( cuz dah macam syirik lak )

11. Serabut betullah aku tengok nasihat-nasihat suruh bertudung, tutup aurat ni. Aku tahulah benda tu. Nanti-nantilah, tunggu aku ready sikit dulu. Tunggu sampai seru. Apa la..nak tegur pun agak-agaklah..tahulah org tu dah tutup aurat, sibuk plak nak kisah hal org lain. Laser plak tu tegur org. Kan kan kan? ( ajak org mengumpat sekali )

Jawapan: Allahumma ameen! ( doa terus dalam hati supaya dilembutkan hati yg tak tutup aurat tu, bukan p redha je dengan kata2 dia )

12. Aduh! Mahal la plak keluarga belah pompuan nak. Aku bajet Rm10 ribu je. Dorang nak Rm20ribu. Nak grand2 buat kat hotel segala bagai lak. Nak outdoor2 photoshoots la plak. Camana ni bos?

Jawapan: Bincanglah. Kalo failed, cancel je la.

13. Hati aku tak tenang dowh. Akhir-akhir ni gelisah, resah je. Semangat pun down je. Adoiyai. Sedih plak tetibe.

Jawapan: Nah ( bagi youtube Syeikh Mishari Rasyid baca al-Quran )

14. Hati aku tak tenang gak la. Entah la nape ngn hati ni. Tak tenteram gile-gile.

Jawapan: Jom! ( bawak dia p ke masjid bersolat, dgr tazkirah dll..bukan bawak pi dangdut )

15. Gile ah politik tanahair. Situ rasuah, sini pecah amanah, sana pakai duit rakyat, situ caci-maki, sinun fitnah-fitnah, sunun kata mengata. Sana kata dia betul, sini kata aku betul. Semua nak menang. Pening aku!

Jawapan : Tukarlah!

16. Aku dah lama jadi org tak baik. Aku berdosa. Aku banyak buat salah. Aku ada wat dosa besar. Aku rasa Allah takkan terima dah diri aku ni. Baik aku terus je wat dosa dan masuk neraka. Tu mmg layak utk aku. Aku ada suka someone ni, tapi dia lebih baik dari aku dan aku tak layak utk dia. Ko rasa2 aku layak tak dapat dia. Dapat tak aku jadikan dia pasangan aku?

Jawapan: Kembalilah (pada Allah). InsyaAllah, dapat.


"apabila kita bergantung kepada manusia,kita akan takut kehilangan pergantungan kita."


that's all...wassalam ..^^

 

so sweet :)

Assalamualaikum ...wink3..http://www.emocutez.com

Sepasang warga emas datang ke McDonald dan saling berpegangan tangan.Mereka duduk di sebuah bangku panjang bersebelahan dengan seorang pemuda.Si datuk segera memesan makanan iaitu seketul hamburger ,sebungkus kentang goreng dan segelas minuman.


Setelah mendapatkan makanan ,datuk duduk di sebelah nenek,membahagi hamburger menjadi dua bahagian,menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahaginya dengan adil untuk si nenek.kemudian datuk mengambil dua straw minuman dan menaruh gelas minuman di tengah-tengah antara mereka berdua.


Si pemuda memerhatikan tingkah laku si datuk dan nenek itu dengan penuh minat.Si datuk kemudiannya memakan bahagiannya sementara si nenek pula hanya memerhati. Si pemuda merasa kasihan,dan akhirnya mendekati pasangan tersebut dan bertanya :


“Tok ,boleh saya belikan makanan yang lain?”


Si datuk menjawab:


“Tak payah nak,terima kasih ajalah ye.Kami memang selalu berkongsi makanan yang sama.”

Sehingga si datuk selesai makan,mengelap mulut dengan tisu,si nenek masih menunggu tanpa menyentuh makanannya.Si pemuda itu mendekati sekali lagi,


“ Nek boleh saya belikan makanan yang lain?Mungkin nenek tidak suka makanan ini?”


Si nenek menjawab :


“ Tidak,terima kasih nak…”


Si pemuda berasa pelik dan bertanya lagi,


“kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan?kan nenek dan datuk suka berkongsi?”


Kata si nenek :


“nenek sedang menunggu gigi palsu datuk..giliran nenek untuk makan selepas datuk..kan kami suka berkongsi…”


Hehe..sweeet kann?? 


jumpa pasangan ni kat morocco..terlambat snap actually..before tuh diorang jalan rapat2 sambil pegang tangan <3 hehe..^^

k,that's all.

papai wassalam..http://www.emocutez.com

 

ulat gonggok?? nyum3..

Assalamualaikum .. :) 
Salam ceria untuk semua..^^ ..hello2 how are you ?? hehe..harapnya sihat2 selalu lah ye..http://www.emocutez.com

Tiba-tiba teringat kisah saya dengan ulat gonggok kecik2 dulu..haaa! tau tak ulat gonggok tu apa?? Ish3…alaa~ ulat yang suka gulung2kan badan bila kita sentuh2  tuh..kaki dia banyak.. tapi saya tak rajin lah nak kira..:) ..nih haa ulat gonggok tuh..

nampak macam gula2 tak?? *soalan untuk budak kecik jeh..hehe



Sebenarnya kisah nih mak saya yang citer…she said I’m awesome masa kecik2 dulu..hehe..semuanya bermula masa mak saya tengah sidai kain.. umur saya masa tuh adela lebih kurang 3 tahun..comel2 lagi..^_^ ..maklumla masa tuh anak perempuan yang first ,so saya memang rajin sangat tolong mak saya..tak kisah laa masak2 ,sidai kain ,lipat baju ,buat sepah satu rumah n macam2 lagi..hehe rajin kann??


Yang kes ulat gonggok nih masa saya tengah tolong mak sidai kain.biasalakan budak kecik mana nak sampai nak jemur kain kat ampaian..jengket2 pun takkan sampainye.. so,tugasnya bagi penyepit jela kat mak..masa tengah nak amek penyepit tuh nampak la benda gulung2 kat tepi2 longkang..fitrah budak2 hentam apa sahaja depan mata..hehe..


Nak tau saya buat apa ?? SAYA MAKAN …nyum3…kunyah2..then menjerit dan nangis2..haha…masa tuh jugakla mak saya terkejut tengok ulat gonggok dah hancur ckit2 dalam mulut…kelam kabut la jugak mak saya tengok anak dia dah makan ulat..haha…tapi rileks laa takde pape effect pun. Alhamdulillah sihat jeh …xD …


Hmmm~ rasa ulat gonggok saya tatau…*mana laa saya nak ingat..tapi kalau nak tahu cuba lah sendiri …nyum3..jangan lupa baca doa tau.:)

sepatutnya jadi macam nih..hehe..:)



SELAMAT MENCUBA…kalau berani...


Papai wassalam..http://www.emocutez.com

Saya..awak…dia…dengan KOREA …

Assalamualaikum dan salam ceria..http://www.emocutez.com


Apa khabar awak2 sekalian?? Muga sihat2 selalu dan sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah..sori lama tak update..last entry hari tuh 15 feb..hee~ 4 hari jeh pn..:) maklumla busy tak tentu hala dngan driving class ..uruskan scholarship , uruskan kursus2 n macam2 lagi..*mcm bz sgt jeh n? ^^..tapi.. ingat ye awak2 sekalian walau sesibuk mana pun kita tetap jangan lupa kepada Nya..kita hanya merancang segala urusan.. Allah lah yang menentukan..kann2 ??


Okeyy,back to the main point…KOREA..haaa..ngaku cepat siapa minat korea??tak kisah laa lagu korea e..citer korea e..pnyanyi korea e..pelakon korea e..or whateva laa psal korea…mesti ramai kann? Ada setengah orang minat korea sampai tahap maximum..*terlalu obsess..ada yang minat sekadar gitu2 jeh…n ada jugakk yang tak minat langsung..kalau saya..entahlaa..nak kata minat tuh takdela sangat.. tapi..adela layan jugak citer korea ckit2..tapi takdela sampai hafal nama pelakon..n obsess yang melampau..


Tapi kalau lagu korea..i’m sorry..not interested..hehe..pelik2 jeh bende yang dia sebut..pena jugakk try nak minat..*sjeh na cuba..:P tapi.. takleyh nak rasi dengan jiwa saya..pena skali jeh terhafal lagu korea..tuh pun sbb soundtrack cter korea…^^..dah  tiap2 hari dengar.. mana tak melekat?..:P


Sebenarnya minat tuh tak salah..tapi cara kita meminatinya..kalau dah berlebih.. tuh yang boleh jatuh sampai ke hukum HARAM…maksudnya terlalu mengagungkan dan memuja pelakon2 korea yang hensem2,comel2 n cantik2..macam dah terlampau..takpayah laa nak sampai tampal poster diorang sana sini..,kat loker,kat dinding bilik,kat pintu,kat buku n mne2 tmpat laa~..poster2 diorang pulak for sure laaa kalau perempuan tuh dah tak tutup aurat...ish2..tak pasal2 cuci mata dengan benda2 tak berfaedah n bimbang jugak kalau dapat dosa..


Tuh baru bab minat gituh jeh..belum lagi yang sampai tiru gaya fesyen diorang..haih menakutkan dan sangaattt pelikk if tiba2 orang melayu yang manis2 dan ayu2 brbaju kurung tiba2 jadi rock gituh ikut tocang senget benget..pakai short..baju belah2..n mcam2 laa…paham2 jelaa sndiri dah meluas sangat dah kat Malaysia gaya fesyen korea yang pelikk..*sori..tapi saya jujur..hehe…nampakk dah?? Sebab terlalu obsess macam2 boleh berlaku..perubahan yang mendadak..pendedahan aurat yang semakin teruk..nauzubillah..


Kalau bab lagu pulakk..haih..bagi yang memang pro bab2 lagu korea siap boleh nyanyi balik tanpa salah lirik langsung lagu2 diorang sambil menari2 sekali..kalau terhafal satu dua tuh kira biasa la tuh..tapi sampai berpuluh2 lagu…mak aii…sangat over..bukan apa..kalau dah 24 hours mulut tuh berzikir dengan lagu korea dah lagha ye awak2 sekalian..bukan lebih baik kita mulut kita basah memanjang dengan zikrullah??..1. dapat pahala..2. hati jadi tenang..3. kita akan lebih rapat dengan Allah.. 4.tepuk dada tanya iman ^^


Hmm,mcam banyak jeh mengomel pasal korea..hehe..sorry la kpd peminat2 korea..bukan saya anti korea..tapi just tak suka berlebih2… harap anda faham..sekian..

gaya diorang memang comel..

taaaapppiii ..

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
v

gaya ustaz don lagi cooolll...:)





 papai , wassalam..http://www.emocutez.com



P/s : kesian budak yang boleh ckap bahasa korea pagi2 tuh..asyik sakit kepala..kita doakan dia cepat2 sembuh ..:)




maaf ,saya anti perokok !

 

assalamualaikum ...

apa khabar awak2 sekalian?? harapnya sihat2 n ceria2 selalu ..jangan jadi cam saya ..hoho...stresss!! 

sume nih gara2 perokok tegar..yang tak berpekerimanusiaan...:( ..actually hari nih saya pegi kursus KPP(kelas undang2 memandu) yang 5 jam tuh..kompem2 la sangatt "seronok" *bosan....masa rest tuh keluar la jup...amek angin...elok2 amek angin boleh pulakk ada dua orang mamat lalu depan hembus2 asap rokok...perghh..time tuh sabar jela..so pegi la kantin lak..

masa duduk kt kantin pulak ..90% jantan dia smoking..haih...ya Allah...sabar sangat2... maaflah tapi saya nih memang tak boleh tahan bau asap rokok..boleh naik pening ...balik tuh lagi laa ramai yang smoking...=.=' ...

apa nak jadi la dengan masyarakat sekarang??...smoking..smoking...smoking!!!..hebat sangat ke?? muga pintu hati diorang terbukak luas2 supaya berhenti merokok... Amiin ramai2..

k,that's all bye..

wassalam..

seronoknya hidup berjiran.

Assalamualaikum dan salam ceria..http://www.emocutez.com

Petang semalam saya nan 3 orang hero(adik2) saya tuh kemas2 kebun kt depan rumah… actually takdela kebun sangat tapi adalah macam2 tumbuhan yang ditanam..nak tau apa??
  • pokok mengkudu *buah dia buat jus..*pahit*
  • pokok nangka
  • pokok cili
  • pokok bunga raya
  • pokok halau nyamuk
  • pokok lidah buaya
  • pokok daun kari
  • pokok ajaib *ayh saya yg cakap..hehe
  • serai..
  • n macam2 lagi…*nak tau mai datang rumah..:) tapi strangers tak boleh..hehe
banyak kan??rumah saya bukan jenis satu2 tp rumah teres cam biasa jeh..tapi ayah saya bijak providekan space utk dia menanam tumbuh-tumbuhan since itu memang hobi dia..:) masa tengah syok2 kemas2 uh, tiba2  ayah saya bagi parang besar suruh ktorang potong dahan pokok mengkudu coz da terlalu besar ..mak ai..parang da besar…dahan yang nak kena potong tuh pun macam peha orang..

tapi,takpe…hikmah Allah bagi ramai adik beradik ktorang buat selang seli..saya la yang mula dulu…potong-punya potong tangan dah lenguh dah..haha…tapi berbaloi la jugak coz da sampai suku dahan..then adik2 saya sambung…tapi kan tiba2 jeh kebun ktorang kena serbu ngn budak2*jiran terdekat jeh pun..hehe..bukan sorang dua…tapi lebih 6 orang..datang semata-mata nak try pegang parang n cuba potong.

saya pun bagi laa…takut jugak nak bagi coz kang ta pasal2 terlibas mati pulak anak orang..waktu tuh jugak laa saya acting2 mcm mak orang jaga anak2..haha…coz yang berkerumun ngn ktorang yang paling kecik 3 tahun..comel jeh..tapi bahaya untuk diorang duduk dekat2...

lepas sorang2 try potong..alih2 semua dah penat..tapi dahan tuh ta habis terpotong pun coz diorang potong tukar2 tempat..then saya bagitau n tunjuk la diorang cara2 nak potong dengan betul..tengah dok jadi tcer sambilan tbe2 ada yang berkata2 :
  • haa! Tengok akk nih potong…HEBAT…
  • kita dengar ceramah pasal cara nak memotong pokok dari ustazah pilihan kita nih..*apa motif panggil saya ustzah saya tatau..:)
  • akak..potong laju lagiii!!
haih…sabar jela…naseb diorang budak2 yang comel…tapi yang tak boleh blaa nye masa saya tengah  dok potong dahan tuh sorang budak nih nama dye atim…dye gi goncangkan pokok…GEDEBUKK..jatuh beberapa bijik buah mengkudu atas kepala saya nn dia…haduii…sabar jela…haha…

then tak lama lepas tuh…saya la yang berjaya potong dahan besar tuh sampai habis..kuatkan?? :P dahan yang dah kena potong tuh diorang wat main.. =.=’. Tapi ,masa tuh memang seronok…dengan budak2 nya wat perangai..ada satu masa tuh sorang budak nih nama dia irfan pegi siramnya semua orang yang kat pokok…habis basah la baju ktorang..tapi takpe geram dalam seronok!! ..

itulah sebenarnya betapa seronoknya hidup berjiran …saling membantu bila memerlukan.. hehe…even diorang masih budak-budak…: )

Sebaik-baik kawan menurut penilaian Allah adalah orang yang paling baik terhadap kawannya dan sebaik-baik jiran menurut penilaian Allah (swt) adalah orang yang baik terhadap jirannya.  (Tirmizi)

k,that’s all..http://www.emocutez.com

p/s: tadi saya pegi interview untuk jadi pembantu tadika tapi bos tuh ingat saya na jadi cikgu..haha..kelakar jeh..kompem2 laa tak layak if na jadi cikgu..reslt SPM pun tak dapat lagi.. lagi pun yang pergi interview untuk jadi cikgu tadika sume 20 ke atas..segan i...^^ ...


aku dan perasaan :)

 Assalamualaikum dan salam ceria..http://www.emocutez.com

apa khabar saudara-saudari yang dikasihi Allah sekalian? ..muga sihat2 selalu hendaknya..haaa! tadi adalah main2 blogwalkng sambil ziarah2 blog saudara sesama islam..^^ ..alih terjumpa pulak blog nih>>:Islam dan Blog aku Islam ...entry2 dalam blog nih sangat menarik + bermnafaat sungguh.. :) *rajin2 singgah la ye..


okeyy hari nih na share satu entry yang ringkas tapi menarik ...ianya mengenai luahan hati dan perasaan seseorang yang mungkin sahaja acapkali rasa kesunyian dan kebosanan kerana tidak mempunyai teman2 istimewa @ disama ertikan dengan kekasih..

jum layan...http://www.emocutez.com

1. Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telefon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman,.. apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan. Tidakkah anda berasa takut sekiranya di akhirat nanti anda akan ditanya oleh Allah kepada tangan  mu itu>>> apakah yang telah dilakukan sepanjang hidupmu ?? sanggupkah jari jemari mu itu menjawab>>>'jari jemari inilah yang kerap bersms dengan lelaki @ perempuan  yang bukan muhrim tanpa mempunyai apa2 tujuan ..


"tinggalkanlah yang lagha wahai kawan2..sesungguhnya ini semua bisikan en.iblis yang mahu kita bersama mereka di neraka kelak" NAUZUBILLAH...

2. Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi rasa.  bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat kita.  Bukan teman yang mereka puja-puja itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.


ingat ye kawan2..apabila kita bergantung kepada manusia,kita akan takut kehilangan pergantungan kita..maka bergantunglah kepada Allah..

3. Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentang kekacakan atau kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa. Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang mereka punya.Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang suami/isteri atau pun seorang kekasih yang hanya mahu dipamer kepada semua?

4. Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama.  Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya.  Yang bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih untuk memiliki.

 Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba.  Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.



p/s :jangan sambut VALENTINE ye kawan2
sekian wassalam ..http://www.emocutez.com

renung-renungkan ..

 Assalamualaikum dan salam ceria...http://www.emocutez.com
mulakan hari anda dengan senyuman..macam nih :
 hehe..comel kann?
so senyum la macam ni..kompem awak2 comel...:)
hehe..okeyy...balik semula kepada tajuk..'renung-renungkan?' ..apakah?? saya tak suruh renung monyet comel kat atas tuh..tapi renungkan statement2 kat bawah ni laaa~ ...hehe...ok??jum baca..:
Upload gambar dengan pakwe/makwe ~ (ohh, sweetnya!!).
Naik moto ngan pakwe/makwe ~ (oh! jiwangnya).
Pegang tangan ngan pakwe/makwe..(oh.. mereka sungguh romantik).
Serahkan maruah pada BF (oh.. setianya..)

X da pakwe/makwe ~ (Kau hidup dalam zaman batu).
X pernah naik moto dengan yang bukan mahram ~ (Kau x sporting langsung).
X pernah pegang tangan ~ (bajet baik je tuh).
Jaga Maruah luar dan dalam ~ (Hekelleh.. macam la dia tu bagus sangat).
dah baca??dah faham??nauzubillah..muga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengiyakan statement tersebut...renung2 kan dan selamat beramal...:)
 
papai..wassalam http://www.emocutez.com

PERUBAHAN

Assalamualaikum dan salam ceria…http://www.emocutez.com

How’s life awak2 sekalian?? Gembira? sedih? kecewa? takpe ..muga awak2 hadapi nya dengan baik…yang penting sentiasa bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dengan sempurna…bukan semua orang diberi peluang macam yang kita dapat tau…^^


Hari nih na cakap mengenai perubahan..ape yang awak2 faham mengenai perubahan? Kebiasaannya orang tunjukkan melalui perbicaraan…antaranya:


  • Awak nih semakin berisi @ kurus .

  • Awak nih semakin cantik @ hensem .

  • Awak nih semakin pandai @ *****…

  • Awak nih semakin baek @ teruk

  • Awak nih WHATEVA la kn??hehe…* byk sgt orang boleh lontarkan pandangan..:)

Tapi yang saya nak cakap kali nih yang keempat tuh…’ AWAK NIH SEMAKIN BAEK ‘ *abaikan yg teruk tuh..apa macam?? Dapat tangkap apa yang saya nak sampaikan? ..k maksud saya perubahan ke arah lebih baik …bukan senang nak berubah dan bukan susah untuk berubah…Cuma nak dan taknak jeh…jum baca satu cerita :


Kite namakan hamba Allah tu nona..


   Nona nih seorang gadis yang sedang menginjak usia remaja..lumrah seorang remaja sentiasa mahu cuba sesuatu yang baru..begitu juga dengan nona..dia nih dah biasa bersosial sejak zaman sekolah rendah…sampai sekolah menengah pun masih bersosial..tapi dia bukan macam orang yang suka bersosial lebih2 sampai berpegang2 tangan dengan kaum adam…dia lebih suka borak2 kosong..sembang…n luang masa bersama mereka…bagi dia ianya memang menyeronokkan dan sesuatu yang membanggakan sebab dia ada ramai kawan2 laki…

   
    Tapi tak semua kawan2 dia tahu dia sesosial tuh..sebab perwatakan dia bak kata orang sejuk mata memandang..lemah lembut..cakap sopan jeh…hormat guru..n so on la~….semua membe2 sosial dia bukan yang kawan2 dia kenal..dia buat macam tuh utk elak diperkatakan orang..masa terus berlalu..sampai satu ary tuh ada rakan sekolah mintak couple nn dia..mula2 dia tolak..tp sebab keinginan utk mencuba rakan sekolah sebagai teman sosial ..dia pun setuju..relationship diorang sampai 8 bulan jeh..sebab tak lama lepas tuh dpt citer balak dia pasang baru…


    Perempuan mana tak sedih dapat tau laki dia ade perempuan lain..tambah2 dapat tahu balak dia dah couple dengan org lain  masa still in relationship lagi…ish2..kesian nona..dah la first time bercinta..alih2 dah kena mcam tuh..nak tanak..dia cuba hadapi setabah mungkin..bulan2 terus berlalu..kekecewaan masih melanda dirinya..malah nona semakin rapat dengan membe sosialnye..kadang2 menangis sorang2...*maklumla t’ingat sweet memories sepanjang bercouple..


   Sampai satuhari tuh abang dia yang tengok nona cam bermasala tunjuk satu video klip ceramah seorang ustaz pasal hubungan lelaki n perempuan yang belum berkahwin n bagi hadiah buku ilmiah yang bertajuk PEMILIK CINTAKU…mulanya nona malas nak amek tahu..sebab dah bosan kena tegur supaya berhenti sosial dengan lelaki…tapi bila dia amati sekali lagi video tuh dan cuba baca buku tuh..nona semakin berminat untuk memahami dengan lebih mendalam tentang maksud sebnar cinta..segala mesej yang dhantar dalam inbox h/p oleh membe2 sosial nona..sentiasa cuba ditepiskan…kadang2 tuh nona nak sangat reply..tapi memikirkan dia hendak berubah..dia berusaha untuk melupakan hasrat yang sebenarnya dibisik oleh encik iblis..


   Alhamdulillah ..berkat doa ahli keluarganya yang sentiasa memohon supaya dia berubah akhirnya termakbul..kini dia muncul dengan semangat baru untuk berubah ke arah lebih baik..nona sentiasa percaya tiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..


THE END…


hehe..sori la panjang sangat..tapi mcam tulah citernye…sama2 kita doakan nona akan istiqamah dalam melakukan perubahan…awak2 macam mana? Dah banyak berubah? ALHAMDULILLAH..moga2 perubahan yang kita lakukan itu sentiasa ikhlas dan bukan semata-mata untuk mendapat pujian orang sahaja…^^ …


awak2 pernah dengar perkataan arab “taghyir”?? maksudnya perubahan…ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu merubah diri mereka sendiri…teruskan perubahan dari baik ke arah lebih baik + mula lakukan perubahan positif kepada keadaan sekeliling…


k.that’s all…


papai wassalam…

ceria2 selalu!!http://www.emocutez.com