^_^

Assalamualaikum dan salam ceria :)


Tetiba tergerak hati ni nak tulis tentang ibu dan ayah.Sebenarnya saya nak kongsi kisah usrah n makan-makan bersama muallaf beberapa hari yang lalu , tapi tu InsyaAllah next post..sori ye alang NABILA HUDA.

takpelah ok je kan semua , mungkin saat saya menulis ni mungkin agak emosi .. hehe , kenapa ? biasalah sometimes memang kita akan ada rasa macam tu kan tiba-tiba..mungkin juga sebab 2 perkara berlaku HARI INI tentang mak ayah.

pertamanya , ada seorang kakak ni yang pada pandangan saya seorang yang sangat sporting dan sangat ceria tapi di sebalik raut wajah dia ada 1001 kisah .. ayah dia sekarang kat ICU menghidapi penyakit thyroid dan paru-paru masih lemah, kena pakai oksigen, ayah akak ni jugak mula jatuh sakit pada tarikh yang sama kehilangan kapal terbang MH370  .. kebetulan akak ni anak bongsu , faham-fahamlah kan. Tadi duduk sembang dengan akak ni tiba-tiba dia kata semalam akak mimpi ayah akak meninggal .. walaupun akak tu yang mimpi tapi jujurlah saya cakap saya yang sebak yang teramat dan terus macam down, sepatutnya saya yang kena bagi semangat kat akak tuh tapi akak tu pula yang menceriakan saya semula..saya nak cakap akak kena kuat pun saya tak mampu sebab saya tak ada kekuatan seperti biasa . Entahlah , mungkin saya pernah rasa situasi macam tuh dan berharap takkan berulang.

*mohon doakan kesejahteraan ayah kepada kakak ni .Biarpun kalian tak mengenalnya tapi jika betul niat ,InsyaAllah doa akan sampai dengan izin Allah.

keduanya , tiba-tiba saya teringat seorang kawan sekolah saya she's an orphan .. 
antara ayat dia  :

Bila aku start stress, aku mula rindukan arwah mak. Aku bukan tak terima qada' dan qadar Allah. Cuma, aku rindu. Aku teringin nak luahkan macam macam dekat mak. macam-macam hendak diceritakan. Sometimes aku jealous dengan sesiapa yang rapat dengan ibu dia. Anak perempuan mesti laa nak dekat dengan mak dia kan. Aku tak fokuskan dekat overall, hanya sesetangah anak perempuan jee yang rapat dengan mak. 

Dan jangan terkejut kalau ada anak lelaki yang rapat dengan mak dia. Sometimes orang akan kasi gelaran " anak mak". wahai lelaki, berbangga laa dengan gelaran itu. Sebab itu tanda nya korang menghargai ibu korang. Yeah. jangan lupa ayah juga. 

Bila aku rindu , aku akan menangis. Mungkin aku tak dapat luahkan, aku menangis, Aku menangis bukan tanda aku lemah or aku cenggeng bagai. Aku tahu menangis lagi buat mak sedih. Bila aku rindu, aku sedekahkan al-fatihah untuk mak or baca Yassin. 

okey , saya tak tahu nak cakap apa cumanya saya harap sangat bagi mereka yang masih ada mak ayah , hargailah dan sayangilah mereka .. Itulah sebenarnya anugerah terindah yang tidak akan ada pengganti .. bagi mereka yang telah kehilangan salah seorang atau kedua-duanya semoga terus kuat semangat dan banyakkan berdoa .. InsyaAllah semoga mereka termasuk dalam golongan yang diredhai Allah .. 



Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian Allah sahajalah yang akan berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan kebesaran daripada Allah pada saat-saat bala musibah itu, yang kadang-kadang tidak mungkin didapati dengan sembahyang dan puasa.

Kenangilah jasa dan pengorbanan mereka itu. Kasihanilah mereka di hari tua.Hulurkanlah bakti kepada mereka sepanjang masa. Mudah-mudahan hari tua mereka dipenuhi kegembiraan, alam barzakh mereka dipenuhi ketenangan dan dipermudahkan Allah kepada mereka untuk memasuki syurga-Nya pada hari akhirat.

wallahualam , jumpa lagi .. 
papai.. wassalam 

hanya orang sakit tahu nikmat sihat ^_^


Assalamualaikum dan salam ceria , ^_^

apa khabar awak2 sekalian ? sihat ?? hurm, ke sakit ? syafakAllah .. semoga kalian diberi kesihatan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan ..haa , kalau dah tau sakit , cepat2 pergi cari penawar , tak kisahlah nak berubat dari segi tradisional @ moden..yang penting mengikut syariat..nak tau sebab apa ? sebab diri kalian sangat berharga ..diri kalian layak untuk disayangi bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri..jangan tunggu sampai melarat pula ye.. ^_^

okey ,  berbalik kepada main post , HANYA ORANG SAKIT TAHU NIKMAT SIHAT..

Hari berganti hari ,Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari.Tanpa disedari dicelah-celah hari yang dilalui, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.



Sejak kebelakangan ni dapat tahu ramai sangat insan2 sekeliling saya sakit , sama ada family ataupun kawan2 dan ada juga yang telah menemui Ilahi..sejujurnya sedih sebab ada antaranya ayah kena tahan ICU sebab thyroid n jangkitan kuman , ibu kena operate , demam panas dan macam-macam , tambah lagi dengan cuaca sekarang yang tak menentu. Yakinlah Allah turunkan ujian bukan tanpa sebab tapi yakinlah PASTI ada HIKMAH.

Dan acapkali juga kita dengar keluh kesah orang yang bertanyakan :

"kenapa suratan hidup aku macam ni ? "
"kenapa aku diuji dengan sakit sebegini rupa ? "
"kenapa aku ??orang lain semua senang , aku je yang asyik susah.. "

tapi , hakikatnya inilah antara asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan berlapang dada.Ujian dan dugaan itu ibarat alat permainan sahaja.Bukankah Allah sudah berikan kita nikmat berganda-ganda. Ujian ibarat selingan semata-mata.Mungkin ramai yang akan kata mudahnya kita nak tutur sebegini rupa , YA !! saya faham sakit memang sakit nak hadapi setiap ujian tapi seandainya kita yakin PASTI ada hikmah dan berbalik kepadaNya InsyaAllah kita mampu untuk melihat ujian itu sebagai nikmat.




Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286) "

Adakalanya saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita serta kehilangan orang tersayang.Saya juga pernah diuji dengan sakit yang tidak pernah dijangka namun apakan daya , saat itu kita hanya mampu menangis dan kuatkan semangat serta yakin dengan Allah. Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmat darimu bila-bila masa sahaja"

Akhir kata , teruskan bersabar dan banyakkan berdoa untuk semua orang , jangan mudah mengalah..Semoga Allah terus berikan kekuatan kepada saya dan kepada kita semua.




jum sama-sama : 

- jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. 
- melihat ujian juga sebagai nikmat ( Kerana daripadanya kita akan kenal kawan atau lawan. Daripadanya kita timba pengalaman. Daripadanya kita belajar untuk maju ke hadapan)

jumpa lagi , papai 
wassalam





saya dan uncle teksi ^_^

Assalamualaikum dan salam ceria  :)

 Apa khabar ? harapnya semua ceria n sihat selalu di bawah lindungan rahmatnya..Ingat..2 nikmat yang selalu kita lupa nikmat sihat & masa lapang..sama2 kita usaha untuk manfaatkan sebaiknya kedua-dua nikmat nih untuk ibadah okey ? *ke arah pembentukan fardhu muslim yang lebih baik

Nak kongsi pengalaman naek teksi semalam ..

Semalam jalan-jalan round KL survey tempat praktikal n penempatan..lepas settle semua tuh, balik tu turun ktm batu caves..okey, dah nama turun kawasan batu caves confirm la kawasan orang india kan :) .. n actually for the first time , saya rasa takut , cuak sebab majority lelaki india je kat situ..orang melayu memang takde..hanya Allah jelah yang tahu betapa debarnya masa tu.

Disebabkan takut nak tunggu lama-lama kat situ , beranikan diri jugaklah naik teksi india kat situ ( semua driver teksi pun india) hehe..mula2 ingat nak tunggu parents jeh , tapi disebabkan rasa kurang selesa tunggu dengan suasana macam tuh..muka bajet2 cool terus panggil teksi..

Masa tuh memang tawakkal habis, masuk2 jeh teksi memang cuak lah kann..TAPI ..nak kata Allah Maha mengetahui dan Maha penyayang, uncle teksi tuh rupanya peramah n baik ..*muka nampak garang..sebab tu takut.. ^_^ Disebabkan uncle tu peramah dan saya pun jenis suka bersembang..maka macam-macam topiklah yang kitorang bincang..especially pasal kapal terbang MH370 ..



Mula-mula uncle tuh buat lawak , dia kata mungkin david copperfield yang hilangkan..then tiba-tiba terus masuk bab politik..dia kata "saya kesian sama Anwar Ibrahim ..cukup tak baik orang tuduh dia terlibat sekali dalam kes ni..dah la suka-suka hati tuduh dia dengan terlibat lagi dengan kes liwat hari tuh..kesian sama isteri dia wan azizah, dia cukup baik n sabar"..(lama jugak la ktorang bincang bab nih..hehe)

Masa tuh saya cam tabik spring kat uncle nih..walaupun uncle ni macam dah berumur tapi uncle ni tetap celik isu semasa dan tahu hak rakyat serta sedar siapa yang salah.Dia sempat pesan jugak kat saya ..belajar pandai2 jadi pemimpin , layan rakyat dengan adil..elak rasuah..hehe..masa tuh saya angguk n fahamlah maksud yang dia nak sampaikan..

Last , bila dah sampai depan rumah masa tengah bayar duit ( dapat less , hehe ) .. sempat dia kongsi cerita..pagi tuh ada perempuan melayu Islam, naek teksi dengan dia..bila dah sampai tempat tertentu tu, perempuan tu selamba je keluar tak bayar..uncle ni kejar la perempuan tu n cakap bayarlah tambang..tapi perempuan pandang dia n berlalu camtu jeh..yang saya sangat bangga dengan uncle ni , dia kata..bila perempuan tu buat macam tu kat dia..dia tak marah dan senyum jeh sebab dia kata mungkin bukan rezeki dia hari ni dan dia kata lagi, perempuan ni martabat dia tinggi, tak elok kena marah depan orang ramai..kesian kat dia nanti.

Masa tu mampu doa je dalam hati, harap sangat Uncle ni convert to Islam one day..akhlak dia sangat mempesonakan..n saya agak malu bila dia kata perempuan itu adalah melayu ISLAM.

Ok, panjang kan story saya..semoga bermanfaat eh..



Pointnya.. :

-   Yakin dengan bantuan Allah

- Beradab sopanlah walau dengan sesiapapun..bayangkanlah p.cik india tuh ayah kita,sedihkan kalau orang buat macam tu pada ayah kita

- Kita orang ISLAM , bawa AGAMA ke mana-mana..maka berakhlak sebagaimana yang   diajar dalam Islam *nasihat untuk diri sendiri jugak..



K , that’s all..maaflah kalau post kali ni tercampur English- malay..
 jumpa lagi di lain masa , InsyaAllah.





kem ibadah SMK AMPANG PECAH

Assalamualaikum dan salam ceria :)

Apa khabar semua ?, harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera , ceria dan tenang di bawah lembayung rahmat Allah InsyaAllah .

Sekian lama tidak mengupdate , akhirnya hari nih diberi peluang untuk meneruskan minat yang telah lama tertangguh. maaf kepada sahabat bloggers sekalian , sahabat2 dan juga silent readers .. ^_^ .. saya baru habis semester 4 , seminggu lepas baru habis exam . dokan keputusan saya eh .. 

Okey, kali nih nak share something..khas untuk adik-adik semekap..a.k.a SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMPANG PECAH .

Bertarikh 7,8,9 mac yang lalu MASYI CREW dengan kerjasama beberapa orang fasilitator mengadakan kem ibadah khas untuk adik-adik f5..Alhamdulilah , setiap aktiviti program berjalan dengan lancar. Biarpun adik-adik ini cuma smk biasa tapi bakat yang ada pada mereka sangat luar biasa. Kesungguhan dan komitmen adik-adik sangat memuaskan.

gambar sepanjang program :)

























Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,
Ukhuwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhuwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)



Pesanan khas untuk adik-adik ,
Akak nak ucapkan tahniah untuk adik-adik ..program 3 hari 2 malam bersama adik-adik sangat menyeronokkan dan memuaskan. Akak tak nak adik-adik rasa rendah diri sebab adik-adik cuma smk biasa .. akak pun smk biasa jugak tau..sekolah luar bandar lagi..akak pernah lalui situasi yang adik2 lalui..semua tu tak menjadi penghalang untuk kita terus melangkah ke hadapan kan ? akak2 dan abg2 yakin dengan adik-adik.Adik-adik yang cemerlang akademiknya bantulah sahabat-sahabat yang lain ok ? Ilmu dan kejayaan yang kita peroleh semua daripada Allah..apa salahnya kita berkongsi kan ? untuk adik-adik kumpulan KURMA , adik-adik memang terbaik..ilmu yang diperoleh amalkan dan perlu disebarkan ..apapun akak ucap lagi sekali tahniah sangat untuk adik2, jangan lupa solat awal waktu , banyakkan istighfar , dan jangan lupa mohon doa daripada ibubapa adik-adik ok ? k , salam sayang untuk adik - adik. Jauh dimata dekat dalam doa .




k , jumpa lagi di lain masa..
papai , wassalam.





sanah helwah januarians :)

Assalamualaikum dan salam ceria :)

Apa khabar awak2 sekalian .. harapnya semua dalam keadaan sihat2 belaka ..hurm , ada masalah ?? usah terlalu kecewa dengan kehidupan di dunia,kerana kita hanya singgah sebentar di sini. kekecewaan @ masalah yang dilalui mungkin kerana nafsu kita terlalu besar berbanding diri kita yang sebenar, serahkanlah hati kembali kepadaNya pastinya kalian akan temui ketenangan tu .. *cakap memang kadang2 mudah tapi sekurangnya kita masih ada usaha jugak kan ? ^_^

K, tarikh hari ni..30 januari ..dah sebulan pun berlalu,apa yang kita dah buat sepanjang bulan ni ? sama2 kita nilai semula ke mana amalan kita sebelum ni..semoga segala amalan kita diterima di sisi Allah ..InsyaAllah.

ok,post kali ni santai jeh ..khas untuk sahabat2 januari saya .

To my dearest friends ..
video


Adek manees nurul Balqis

Otai fadhlin sakinah

Kembar comel Rayhan

Ateh syahirah

Ex roommate amila solehan

Semoga ALLAH memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu, Amin ya Rabbal ‘Alamin…Hurm , maaf tak sempat nak wish @ bagi hadiah apa2 ..Tiada hadiah yang istimewa untuk kita kirimkan pada hari lahir kalian tapi hanyalah ucapan dan doa kita titipkan buat dirimu di sana ..

Special post to balqis : 
adik manees .. rindu kita tak ? tak cakap pun kita dapat rasa :P ..hehe..mesti sengih sorang2kan..^^ btw bilalah nak gi sekolah lagi .. asal contact mesti plan nak gi sekolah then pasti tergantung plan macam tu jeh.. hehe ..takpelah yang penting masih boleh contact .. n lagi satuu..ni paling penting!! Hang da 20 tahun ..da TUA .. hehe ..tak sabarnya nak jumpa Balqis.. satu persoalan *adakah balqis semakin matured @ masih kebudak-budakan lagi..hee…kita da matured .. kena percaya tau .. k lah ..sanah helwah ..semoga peningkatan umur standing dengan peningkatan iman..InsyaAllah ..doakan kita ..jauh di mata dekat dalam doa..<3 i="">

k,seterusnya nak ucap syukran jiddan kepada semua yang sudi menyambut hari lahir hari tu..8 januari ..:)  memang banyak sangat surprise yang tak dijangka*hehe..muka excited ..tapi yang paling sangat2 dihargai dari umi n abi sendiri .. jujurnya lah first time abi n umi call nak wish birthday .. mungkin pada anggapan orang lain ni perkara biasa je ..tapi bagi saya ia sesuatu yang takkan pernah dilupakan..sebab masa abi call tu tengah meeting program n dalam masa yang sama keadaan abi pun masih kurang sihat lagi… rasa cam nak menangis pun ada jugak masa tuh ..cukup sekadar ucapan dari umi n abi itulah hadiah yang paling berharga..*malu kalau abi baca..hehe ..k, apapun mohon doakan kesihatan abi saya k. ^_^ 

n syukran jugak kepada adik-beradik usrah Infinity , adik-adik usrah Nur el-qalby , sahabat2 syukbah, Amirah mukmin ^^ , adik-beradik ihdal husnayaian*yeke eja cnih..hehe .. n semua sahabat yang dikasihi .. Allah sahaja yang mampu membalas budi baik kalian .. 

akhir kata :

 Berikan cintamu untuk Allah pasti Dia temukan pemilik CINTA yang terbaik ! , hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah , pasti Dia aturkan hidupmu dengan BAIK ^_^


k, sehingga jumpa lagi .. 

UKHUWAH..... 
TERLALU INDAH DIUNGKAPKAN DAN TERLALU MANIS PABILA DIHIASI DENGAN KASIH SAYANG KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN.. UKHUWAH.. TIDAK SEMUA MANUSIA MENGHARGAI SEBUAH UKHUWAH TERSEBUT..KEKADANG..KERANA SEBUAH UKHUWAH,AIR MATA SERING MENITIS KERANANYA.. UKHUWAH.. UKHUWAH ITU TERLALU BERERTI BUATKU YA ALLAH.... RAHMATILAH DAN REDHAILAH UKHUWAH KAMI..