Adab sebelum tidur



Assalamualaikum :)

Dalam melaksanakan apa jua tuntutan fitrah manusia, ianya perlu diiringi dengan kefahaman agama  yang mendalam agar peroleh lebih ganjaran pahala dan manfaat yang berterusan. Antaranya adalah keperluan untuk tidur. Bagi manusia biasa, tidur adalah satu nikmat yang tak terhingga berbanding umat Islam yang mempunyai pegangan agama, akan menganggapnya sebagai satu ibadah. Setiap individu seharusnya melaksanakan adab-adab sebelum tidur dengan sebaiknya. Hal ini bertujuan menjaga hubungan dengan Allah dengan lebih baik dan menghindari anasir-anasir jahat yang akan menganggu semasa tidur. Antara adab-adab yang perlu dilaksanakan adalah :

1. Mengambil wudhu’

Sabda Rasulullah S.A.W :
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan shalat.” (HR. Bukahri dan Muslim)

2. Membersihkan diri dan tempat tidur

Membersihkan diri dimaksudkan dengan memastikan pakaian tidur dalam keadaan bersih dan tidak kotor. Misalnya dikotori dengan sisa makanan, tanah-tanah kotor setelah keluar seharian dan pelbagai lagi. Hal ini bertujuan supaya kita dapat tidur dalam keadaan selesa, tidak diganggu haiwan dan serangga yang suka kepada bau yang busuk, serta memudahkan urusan bangun pagi dengan baik.

3. Membaca surah al ikhlas, surah al falaq dan surah an-nas

"Setiap kali rasulullah saw pergi tidur untuk tidur pada waktu malam, baginda saw akan menadah kedua belah tangan dan menghembus ke tapak tangan baginda setelah membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah al-naas, kemudian menyapu kedua tapak tangan baginda ke seluruh anggota bermula dari kepala muka dan hadapan badan. Hal ini dilakukan baginda 3 kali berturut-turut." (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Membaca ayat kursi

5. Niat supaya esok dapat bangun awal untuk mengerjakan ibadah

6. Memaafkan semua orang

7. Membaca doa tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
:Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"


 Wallahua'alam

Comments

Popular Posts