Ingatlah Allah dalam jagamu.





Assalamualaikum :)

Rasulullah saw bersabda:

 “Ingatlah Allah ketika senang, maka nescaya Allah akan mengingatimu ketika engkau susah.” 
(al-Hakim)

Aku ingin kongsikan kisah benar yang pernah berlaku  pada diri aku sendiri di saat aku mula berhijrah. Aku tak nafikan bahawa tindakan aku untuk melakukan suatu perubahan dalam hidup adalah tindakan yang sangat sukar. Kenapa aku kata sukar? Sebab aku hilang kawan. Kawan-kawan yang sentiasa supportive dengan kau dari dulu. Yang kenal luar dalam kau. Alih-alih aku sendiri terpaksa disisihkan kerana aku sendiri yang pilih jalan ini. Masa tu memang rasa macam totally lost & hilang arah tuju hidup. Tapi dalam keperitan yang aku hadapi tu Allah hadirkan kembali insan-insan yang sentiasa tulus menyanyangiku tanpa henti iaitu keluarga aku sendiri. Mulanya memang kekok lah kan. Sebab family nilah yang aku sendiri pernah jauhkan diri suatu masa dhulu. Tapi atas satu tekad untuk terus berubah aku mula mengenal Allah, aku mula rapat dengan keluargaku dan adik-adikku dan yang paling aku rasa bahagia adalah aku baru dapat merasai nikmatnya hidup sebagai seorang muslim. (cukup sampai situ sahaja).

Point sebenar yang aku nak ketengahkan adalah masa aku sendiri dalam proses perubahan, umiabi tidak pernah putus berpesan untuk sentiasa mengingati Allah, lazimkan sebut nama Allah, hatta melatah sekalipun sebutlah istighfar. (aku memang kuat melatah). Mulanya agak pelik sebab lidah ni dah terbiasa asyik dengan lagu-lagu yang kurang adab sopannya. Tapi lama kelamaan aku paksakan diri jugak untuk lazimkan benda tu & hasilnya apa aku dapat ?? aku boleh menutur perkataan yang baik. Aku boleh berhenti mencarut. Aku boleh melancarkan bacaan quranku. Aku boleh bercakap dengan beradab tanpa buat-buat dan banyak lagi. Sungguh, pada ketika itulah aku sangat meyakini bahawa Allah sangat menyayangi setiap hambaNya biarpun banyak mana dosa yang telah dilakukan. Kembalilah kepada fitrah. Yakinlah bahawa syurga yang dijanjikan Allah itu lebih dari apa yang kita impikan, dan yang paling penting adalah teruskan usaha untuk menjadi seorang mu’min serta istiqamahlah dalam melaksanakan ibadah. Indahnya rasa dalam dakapan dan kasih sayang Allah sungguh tidak terucap. Aku hanya mampu doakan kalian juga dapat merasai nikmat yang cukup indah ini. Semoga kau dan aku bertemu di jannah InsyaAllah. Doakan aku.

Wallahua’lam

Comments

Popular Posts