Berpeganglah kepada Al Quran, As-Sunnah dan para ulama'




Assalamualaikum w.r.b.t

Firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 155 yang bermaksud :

Dan Al-Qur’an ini adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat.

Melihat kepada keadaan masyarakat masa kini yang semakin hanyut dibuai hiburan yang melalaikan sehingga membelakangkan tuntutan agama adalah suatu perkara yang dilihat semakin menjadi kebiasaan  namun sangat membimbangkan kerana bertentangan dengan agama Islam. Ianya seolah menjadi tuntutan kepada masyarakat masa kini untuk mengejar cara hidup yang berkiblatkan masyarakat barat kerana dibimbangi akan digelar golongan yang ketinggalan zaman dan tidak “uptodate” dengan keadaan semasa.

Lambakan permasalahan sosial yang semakin menjadi-jadi ini harus dibanteras dan dicegah dengan sebaik mungkin yakni dengan berpegang teguh kepada ajaran AL QURAN, AS SUNNAH dan juga PARA ULAMA’. Berpegang teguh yang dimaksudkan adalah tidak jemu untuk terus menuntut ilmu dan bertalaqqi untuk memperoleh panduan yang benar-benar dituntut oleh syarak. Hal ini kerana Al Quran sebagai satu-satunya wahyu yang diturunkan oleh Allah mempunyai kandungan yang sangat istimewa dan manfaat yang cukup luar biasa untuk umat Islam itu sendiri. Panduan demi panduan telah digariskan sejak dahulu untuk dijadikan pedoman masyarakat umat Islam kini.

Dalam keadaan masyarakat yang semakin tenat ini, umat Islam masa kini sangat dituntut untuk lebih giat menggali ilmu agama untuk dijadikan pegangan  dan benteng paling kukuh untuk melawan musuh – musuh agama.

Antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah:

·         Menghadirkan diri ke kuliah agama setiap hari
·         Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada masa lapang
·         Berenggang dengan telefon bimbit kecuali urusan yang penting
·         Memperbanyakkan bahan bacaan ilmiah
·         Mendekatkan diri dengan masjid dan surau
·         Bersahabat dengan orang yang baik peribadinya
·         Sentiasa bersangka baik dengan Allah walau dalam apa jua keadaan sekalipun.


wallahua'lam





Comments

Popular Posts