Niat Menuntut Ilmu




Assalamualaikum w.r.b.t.. ^_^

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan"



Dalam melayari perjuangan menuntut ilmu, masih ramai lagi manusia yang terlepas pandang dan memandang enteng dalam aspek adab dan akhlak. Sedangkan perkara inilah yang seharusnya diberi perhatian dan tumpuan yang lebih. Namun segalanya terletak pada niat penuntut ilmu itu sendiri.  Adakah benar mereka mahu menguasai ilmu tersebut ? atau sekadar ingin dilihat cerdik pandai di mata kasar orang sekeliling? 

Keberkatan ilmu sebenarnya untuk suatu jangka masa yang sangat panjang namun tidak diketahui bila hasilnya. Hakikatnya, dengan keberkatan itulah berkembangnya buah-buah rezeki yang tidak dijangka. Seorang penuntut ilmu yang benar-benar menginginkan kepada ilmu akan sentiasa berusaha menjaga adab dan tingkah laku semasa menuntut ilmu bahkan juga menjaga adab dengan murabbinya.

Antara 5 tips umum dalam menuntut ilmu :

1. Niat
Berniat supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan ummah. Niatkan juga supaya sahabat-sahabat yang ada sekali dalam majlis ilmu, turut peroleh manfaat dan kebaikan. 

2. Duduk berhampiran dengan murabbi
Semakin hampir pelajar dengan gurunya, semakin jelas ilmu yang diterima. Bahkan ia juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pelajar dan gurunya. 

3. Menikmati ilmu yang diajar
Sentiasa merendah diri dihadapan murabbi. Rasakan setiap ilmu yang diperoleh itu adalah suatu perkara baru dan bertujuan untuk menambahkan ilmu meskipun suadah diketahui sebelumnya. 

4. Menjaga tutur kata dan berakhlak mulia
Berbahasalah dengan penuh adab dan sopan serta menjaga tingkah laku. Hal ini tidak sama sekali menjatuhkan harga diri bahkan dapat mengangkat martabat ilmu melalui persembahan peribadi.

5. Ikhlas.
Ikhlaskan diri menuntut ilmu bukan semata-mata hendak mengejar segulung ijazah, akan tetapi ikhlaskan diri dengan niat supaya Allah redha akan ilmu yang dipelajari.







Comments

Popular Posts