tiada ungakapan lebih baik .. ^^


Assalamualaikum dan salam ceria.. :)

Apa khabar Iman dan kesihatan hari ni? Alhamdulillah..muga iman semakin bertambah dan kesihatan lebih baik..InsyaAllah..hargailah kedua2 nikmat in sebaiknya tau..bukan senang nak dapat..cuba bayangkan kalau Allah tarik nikmat kesihatan,apa akan jadi pada kita?mesti terlentang sakit..banyak kerja tergendala n macam2..begitu juga dengan Iman..jadinyaa hargailah sebaiknya kedua2 nikmat nih..sayangkan Allah pada kita? ^^

Asyik setelah sekian lama tak menulis jeh kann?? hehe..maaflah , bukan saja2 nak biar blog ni  sunyi tak berteman tapi banyak lagi urusan kat luar sana yang perlukan saya..*eceyh..i mean my studies okeyy n memikirkan masalah umat islam di luar sana.. :) saya tahu..awak2 sekalian pun semakin sibuk kann?? maklumla zaman semakin moden ..jadinya pemikiran yang seiring dengannya diperlukan dan tanggungjawab yang digalas semakin besar..

tapi apapun meh rehatkan minda sambil baca kisah ni:

Tersebutlah kisah di sebuah kampung terpencil. Tinggallah seorang anak perempuan darjah 3 bersama abangnya tingkatan 3, baru sahaja kematian ibunya yang menghidap kanser payudara. Ayah mereka pula dah lama arwah sewaktu mereka masih bayi kerana sakit jantung berlubang.

Lalu, suatu hari, datanglah tok penghulu ke rumah mereka. Katanya nak minta geran tanah untuk disimpan. Arahan dari pejabat tanah katanya. Katanya, takut hilang geran tu nanti susahlah mereka berdua. Jadi, biarlah tok penghulu yang uruskan semua tu. 

3 bulan kemudian.

Dua beradik yang tinggal dengan nenek mereka yang sudah uzur, telah mendapat surat notis untuk berpindah dari rumah itu dalam masa 90 hari. Terkejutlah si abang yang baru tingkatan 3. Terus dibawa notis itu berjumpa tok penghulu.

Si abg: "Tok, ini apa benda ni tok? Kenapa kami dapat notis ni?"

Tok Penghulu: "Tok tak tahu menahu pun tentang ni. Nanti tok tanya dekat Pejabat Tanah."

Si abg yang baru tingkatan 3 itu balik dengan hampa. Di perjalanan pulang, dia lalu di sebuah kedai kopi. Dia terdengar perbualan orang-orang di situ tentang tanah-tanah yang dijual oleh tok penghulu. Orang-orang kampung nampaknya sudah lama tahu perbuatan tok penghulu memindah nama pemilik dengan cara licik kepada nama org perseorangan yang lain. Bagaimana caranya, tidak difahami oleh si abg.

Si abg rasa marah. Berselisih dengan tok imam. Si abg menceritakan hal yg berlaku. Tok imam suruh bersabar dan suruh doakan tok penghulu mendapat hidayah.

Si abg pun balik ke rumah, selama 60 hari adik beradik tu buat solat hajat, minta dimasukkan iman dan diberikan hidayah pada tok penghulu. Tidak pernah sekalipun didoakan dengan sesuatu yang tak baik. Murni hati mereka adik beradik.

90 hari berlalu. Datanglah penguatkuasa, menyuruh berpindah secara paksa dari rumah yang sekangkang kera tu.

Si abg bergegas mencari tok penghulu. Namun hampa, tok penghulu memberikan jawapan yang sama, "Tok dah cuba sedaya upaya..ni mesti kerja orang pejabat tanah ni.."

Akhirnya rumah kecil mereka dirobohkan. Tanah milik anak yatim piatu ini dirampas. Nenek tua yang uzur, terkejut dengan apa yg berlaku, meninggal dunia seminggu selepas itu. Ibarat jatuh ditimpa tangga.

Maka, merempatlah dua beradik itu. Si abg berhenti sekolah dan bekerja sebagai pencuci kereta full-time utk menyara persekolahan adiknya. Hinggalah suatu malam, adiknya demam kuat. Dibawa ke hospital, kata doktor adik menghidapi leukimia.

Menangislah si abg...lalu si abg berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya kami ini dizalimi oleh mereka yang zalim. Jika benar mereka salah, Kau hukumlah mereka. Sesungguhnya kami ini juga manusia biasa, tahap kesabaran kami ada batasnya. Jika benar hidayah masih ada utk mereka, berikanlah. Namun, jika hukumanMu lebih berhak ke atas mereka, maka Kau jalankanlah. Engkaulah sebaik-baik pemutus segala hal. Aamiiin.."

3 bulan kemudian. Si adik meninggal dunia. Tinggallah si abg sebatang kara menjalani hidup. 

20 tahun berlalu.

Suatu hari, si abg ternampak headline berita di dada akhbar Harian M-Terok:

"Mantan Tok Penghulu Meninggal Dunia - Pecah Perut"

Dibacanya berulang kali, sah itu memang dari kampungnya. Beliau terus beristighfar berulang kali. Sungguh, doa orang yang dizalimi
tidak pernah tertolak. Biarpun doa itu ke atas sesama org Islam.

Yang zalim ada saham utk kezalimannya.

Sungguh, Allah Maha Adil. Cepat atau lambat, hukumNya akan tiba jua. 

Orang zalim mampu ketawa berdekah-dekah hari ini, tapi bila tiba saatNya hukuman Allah datang, lihatlah samada dia mampu tersenyum lagi.

tamat.. :)

macam mana ?? jelas tak mesej yang cuba nak disampaikan..secara terus terang kita boleh kaitkan kisah ni dengan keadaan umat islam sekarang terutama di palestine. saya..awak..dan kamu2 yang di luar sana umat islam bukan?bagaimana perasaan anda melihat keadaan saudara seagama kita ditindas..dizalimi..dibunuh dan segala yang seangkatan dengannya..pastinya tersirap darah kita bukan?jadinya ambillah pengajaran dari kisah ni..kita mungkin tak ada senjata yang besar nak serang dan melawan israel taaappiii kitakan ada ALLAH ! ..sama2 kita perbanyakkan berdoa supaya ISRAEL LAKNATULLAH mendapat balasan dan azab yang setimpal dengan perbuatan mereka.

sehingga bertemu lagi di lain masa..
wassalam..


Comments

Popular Posts