Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai
Assalamualaikum dan salam ceria..:)
Gi mana kabarnya??(hehe..nih dalam bahasa indon)..maksudnya apa khabar?.sihatt?? Alhamdulillah.. haa,jum baca soalan seorang wanita berkaitan perhubungannya dan selamilah jawapan yang diberikan oleh si ustaz ye..^^
soalan :
assalamualaikum wbt ustaz,
ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi imam dlm solat jemaah di suatu tmpat , suara dia mbaca ayat2 suci al-quran membuatkan ana jatuh cinta pada dia .
dia juga mngajar al-quran pd ana . ana simpan perasaan thdap dia slama 3 bulan dan pd buln 4 hari tu , ana dan dia mula kenal, kami jarang bhubung sbb dia byk mhabiskn masa dia d masjid dan surau sbb dia bilal dan kdgkala dia imam dsurau . tetapi stelah ana menyuarakn yg ana mencintai dia , smnjak aritu dia jarang ke surau dan masjid , byk habiskn masa dgn ana ,bile ana pkir balik , YA ALLAH , ape ana dah buat nie , ana rase bsalah sbb dia dah jarang ke surau krn byk abiskn masa dgn ana bbual kosong , ana btanya pd dia , ape yg kite buat ni dah s! alah , kite dah lalai .
kami same2 akui , dia wat kputusan tggalkn ana slame 3 bulan dan kmudian dia kembali smula , ana ingat dia sudah lupakan ana tetapi dia pula smakin berani suarakn tntg cinta dan skrg kami pggil "abg syg" , dahulu tidak begitu , ana takot sgt , ana kesiankan dia , dia baik orgnya . ana xnk rumitkn hal nie tp jika ana dan dia putuskn nie , kami xkan bhubung lg , ana tak mahu kehilangn dia sbb ana pkirkan dia sesuai jadi imam buat ana dan anak2 ana , bgaimana ana nak lakukan ye ??
jawapan ustaz :
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih atas persoalan.
Memang sudah jelas bahawa saudari adalah punca kepada ‘kekotoran jiwa’ lelaki itu. Kerana kehadiran saudari membuka pintu fitnah, iaitu dia semakin lalai dan jauh daripada Allah. Inilah yang sangat2 dikhuatiri dalam islam, apabila seorang lelaki terdedah kepada fitnah wanita. Maka pasti, syaitan akan segera mengheretnya ke dalam maksiat yang lebih besar.
Dari satu sudut yang lain, si lelaki juga silap kerana membiarkan dirinya hanyut dalam permainan cinta. Itu menunjukkan jatidiri lelaki itu SANGAT LEMAH dan mudah ditewaskan dengan pukulan-pukulan cinta. Sedangkan godaannya tidak berat, tetapi hubungan perasaan itu membuatkan dia khayal dan lupa kepada Allah.
Maka, dalam hal ini kita perlu menyedari bahawa semua orang pernah melakukan dosa dan kesilapan. Semua orang termasuk ustaz pernah melakukan dosa dan kesilapan. Kita bukan manusia maksum. Sebaiknya kita segera bertaubat dan berikhtiar agar setiap dosa itu diampuni. Lalu kita menutup jalan maksiat itu seberapa segera.
Untuk menutup pintu dosa itu cuma dua. Sama ada bernikah terus. Maka hubungan itu sudah menjadi halal. Atau berhenti berhubung. Apabila hati sudah saling mencintai, maka sebaiknya terus berkahwin. Itulah yang terbaik. Jika masih terdapat halangan. Maka perlu diputuskan hubungan. Dan sepatutnya si lelaki perlu lebih kuat dalam situasi ini.
Namun, kerana saudari yang terlebih dahulu mengucapkan SAYANG dan meluahkan perasaan. Wajar juga saudari yang bertegas untuk memutuskan hubungan. Maksudnya, berhentilah berutus SMS dan berbual di talian. Kerana itu sebenarnya adalah dosa2 yang menghampiri zina. Suara wanita yang berbual mesra dengan nada yang lembut itu adalah dosa2 yang menyebabkan hati lelaki sangat terganggu. Malah ia mengotori jiwanya dan kesucian hatinya.
Ramai lelaki yang baik, menjadi rosak kerana tertipu dengan fitnah wanita. Ramai wanita yang baik, ditipu oleh lelaki yang liar. Namun, semuanya adalah permainan SYAITAN. Syaitan memang mahu melihat anak adam rosak dan terheret ke dalam neraka bersamanya. Oleh itu, istighfar dan hati2lah dengan tipudaya syaitan ini. Kerana yang rugi adalah kita juga.
Maka, cepat2nya bertaubat. Segera menjaga hati, zikir dan taubat. Segera berpuasa sunat dan menutup mata dari memandang aurat2 atau menonton filem2 percintaan. Kerana semua itu menggoda kepada maksiat. Kembalikan jati diri lelaki itu ke tempatnya. Mintalah dia melazimi masjid dan surau. Agar Allah menyegerakan kebaikan untuk anda berdua. Insya allah.
THE END ..
dah faham??dah mengerti??Alhamdulillah dan bersyukur kerana mereka masih punya kesedaran untuk berubah..bukan seperti anak2 remaja zaman sekarang(menasihati diri sendiri jugak..:( ..)..sememangnya kalau dah bercinta tuh mak aii...handset tuh asyik berkepit jeh 24 jam betol takk?bukan nya ada urusan apa2 pun tapi..sajeh jeh..penyakit bila bercinta RINDUU..tak boleh nak berpisah walaupun sesaat..tak semestinya pasangan kita bercinta sekarang adalah future husband @ wife kita..kann2? kalau dah galok bercinta dan berkasih dengan si kekasih..nanti tinggal sisa2 cinta jeh untuk future husband @ wife kita..
renung2 kan...:)
Wahai muslimah, jangan sampai dirimu jadi racun kepada lelaki yang baik. Jangan sampai engkau DIPERALATKAN atau DIEKSPLOITASI oleh SYAITAN untuk meruntuhkan keimanan lelaki. Awasi dirimu, batasi suaramu, lindungi kecantikanmu daripada merobek dan merosakkan jatidiri lelaki. Sesungguhnya sebesar-besar fitnah bagi lelaki adalah Wanita. Semoga anda menjadi penenang dan pendamai kepada suami apabila berkahwin nanti. Bukan menjadi duri dalam daging kepada lelaki sebelum berkahwin.
that's all..papai..
p/s : soalan n jawapan cuma copy & paste dr blog ustaz cinta *jum pakat follow blog nih..Best!!...:)
bercinta selepas kahwin lagi bagus..:)
ReplyDeleteAllah hu akbar...semoga sama2 diberi hidayah
ReplyDeletethanx follow blog akak
ReplyDeletehmm, teringin juga nak bercinta..belum jumpa jodoh =)
sis ungu : hehe..itu sememangnya..:)
ReplyDeletecikgu ma : InsyaAllah..akan tiba suatu hari nty..^^ ..
yup.trima ksih atas peringatan..:)
ReplyDeleteteguran indah tuk sang kaum hawa....
ReplyDelete