aku dan perasaan :)
apa khabar saudara-saudari yang dikasihi Allah sekalian? ..muga sihat2 selalu hendaknya..haaa! tadi adalah main2 blogwalkng sambil ziarah2 blog saudara sesama islam..^^ ..alih terjumpa pulak blog nih>>:Islam dan Blog aku Islam ...entry2 dalam blog nih sangat menarik + bermnafaat sungguh.. :) *rajin2 singgah la ye..
okeyy hari nih na share satu entry yang ringkas tapi menarik ...ianya mengenai luahan hati dan perasaan seseorang yang mungkin sahaja acapkali rasa kesunyian dan kebosanan kerana tidak mempunyai teman2 istimewa @ disama ertikan dengan kekasih..
1. Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telefon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman,.. apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan. Tidakkah anda berasa takut sekiranya di akhirat nanti anda akan ditanya oleh Allah kepada tangan mu itu>>> apakah yang telah dilakukan sepanjang hidupmu ?? sanggupkah jari jemari mu itu menjawab>>>'jari jemari inilah yang kerap bersms dengan lelaki @ perempuan yang bukan muhrim tanpa mempunyai apa2 tujuan ..
"tinggalkanlah yang lagha wahai kawan2..sesungguhnya ini semua bisikan en.iblis yang mahu kita bersama mereka di neraka kelak" NAUZUBILLAH...
2. Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi rasa. bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat kita. Bukan teman yang mereka puja-puja itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.
ingat ye kawan2..
3. Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentang kekacakan atau kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa. Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang mereka punya.Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang suami/isteri atau pun seorang kekasih yang hanya mahu dipamer kepada semua?
4. Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama. Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya. Yang bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih untuk memiliki.
Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.
p/s :jangan sambut VALENTINE ye kawan2
sehebat mana pun cinta sesama manusia...lebih hebat cinta Allah..mampukah kita mendapatkannya? InsyaAllah
ReplyDeleteyupp..cintailah Allah nescaya cinta pasangan soleh turut dimiliki.. InsyaAllah...:)
ReplyDelete