Gadis SINGLE lebih BERJAYA.
Assalamualaikum..
Anda gadis single? I mean under 20 something..so be a girl with brain. Menjadi gadis single membuat kita punya banyak masa untuk membina kejayaan. Menjadi orang single memberi kita ruang untuk mengelak dari tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu, untuk beberapa tahun.
Bagi saya, time kita bujang ni le kita perlu manfaatkan masa untuk belajar, memahami lebih dalam bidang kita yang sesuai dengan kecerdasan kita, set target kemudian kejar target tu. Biar kita sibuk di masa ni sebab kita sudah start relaks bila orang lain start untuk sibuk. Apabila umur mencapai umur dewasa nanti, masa yang ada kita dah boleh gunakan untuk keluarga, ibadah dan keilmuan.betul tak? Gadis single yang muda dan belum berkahwin tak semestinya kena berhibur saja pastu kuat bekerja bila umur dan jadi dewasa. Time muda ni le kita kerja kuat, cari duit, simpan duit, kumpul duit. Bila dewasa nanti, kerajinan kita di masa umur muda berbaloi, nampak hasilnya.
Tapi,dalam masa nak kejar kejayaan tuh..ingatlah sentiasa kepada Allah S.W.T...Dia lebih mengetahui setiap langkah dan baik buruknya dalam kehidupan kita okayy?.
Menurut satu kajian yang di buat di Amerika Syarikat, mendapati bahawa gadis single lebih mudah untuk berjaya dalam karier mereka. Ini berlainan pula dengan lelaki bujang. Ini seolah-olah membuktikan kebenaran andaian yang mengatakan, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya.
Comments
Post a Comment
terima kasih sudi bagi pendapat ^_^