awak nak tahu kan?
Assalamualaikum..
Mungkin awak mengatakan saya ini seorang yang penipu,pemungkir janji,tak setia dan segala-galanya lah yang seteru dengannya.Tapi mungkin awak tidak tahu bahawa Allah lebih tahu apa yang akan terjadi pada setiap seorang hambanya.YA.saya tahu awak marah dan kecewa dengan perbuatan saya meninggalkan awak.Kita pernah berjanji macam-macam kan?Dan saya TAK pernah lupa walau satu pun.Awak selalu ada bila saya susah..belanja saya makan,bagi saya hadiah yang comel,sentiasa hendak menggembirakan hati saya dan yang paling saya sayang sebab awak ialah sebab awak sentiasa menghormati pendirian saya..saya tahu awak seorang yang sangat setia dan saya mengakuinya.Sejujurnya saya sangat gembira melalui semua itu dengan awak...
Tapi,saya bimbang sekiranya sayangnya saya pada awak menyebabkan saya lupa pada Allah,lalai dengan dunia kasih sayang kita dan mendapat KEMURKAAN NYA.Saya tak nak kita tergolong dalam golongan tersebut dan dengan itulah saya fikir inilah cara terbaik dengan kita membawa haluan masing-masing.ok.
Siapa kata mudah nak lupakan awak?Saya tau saya yang buat keputusan tapi biar seribu kali sayanggnya saya pada awak,saya akan tetap dengan pendirian saya.Maaf dari hati..
Salam sayang utk awak.
muga bahagia selalu dengan kawan baru awak . :(
* rekaan semata-mata. :)
* rekaan semata-mata. :)
utk renungan bersama:
Barang siapa berusaha mendapatkan redha Allah sekalipun dengan risiko kemarahan manusia, maka Allah menredhainya dan akan menjadikan manusia ridha kepadanya. dan barangsiapa berusaha mendapatkan redha manusia dengan melakukan segala cara yang menimbulkan kemurkaan Allah, maka Allah murka kepadanya dan menjadikan manusia murka padanya (HR. Ibnu Hibban)"
papai~
Comments
Post a Comment
terima kasih sudi bagi pendapat ^_^