tanda-tanda hati mati

Assalamualaikum dan salam ceria.. :)

apa khabar awak2 sekalian?apa khabar iman kita hari ini ?? semalam ?? esok ?? dan seterusnya..harapnya masuknya kita ke bulan rejab ini menjadi platform untuk kita terus meningkatkan iman dan amal ..InsyaAllah^^.. haaa, saja nak kongsi..setelah sekian lama berblogging*sejak f5 (1 tahun setengah yang lalu) inilah post saya yang ke 100..hehe..lambat kann??tapi takpe sekurangnya update lah jugakk.. :) 

okeyy,nih nak kongsi sedikit peringatan.jum hayati sama2 ye..

Sahabatku, inilah diantara tanda-tanda hati yang MATI :


1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya
2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya
3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya
5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya
6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya
8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya
9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri
10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.
kita boleh nilai sendiri sejauh mana matinya hati kita.Sama-sama kita cuba hidupkan semula hati kita dengan  berusaha melaksanakan perintah Allah secara berterusan dan menjauhi larangannya.Hati adalah milik Allah SWT, kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupannya.


 wallahua'alam..jumpa lagi di masa akan datang InsyaAllah..
papai,wassalam ^_^

Comments

Popular Posts