Alangkah Indahnya UKHUWAH itu ~


Assalamualaikum dan salam ceria :) 

Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat serta sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya , InsyaAllah .. sama-sama kita tingkatkan iman kita hari ini dan jadikan ianya lebih baik daripada semalam ..Amiin ^_^

UKHUWAH ??



Apa itu ukhuwwah?

Ukhuwah itu bukannya:
  • syok dan berasa teruja dalam bulatan-bulatan gembira dan ketika berpogram di hujung minggu sahaja.
  • bunga-bunga dafodil yang tumbuh mekar di taman sambil arnab-arnab gemuk berlari-lari.
  • ketika kita berasa bahagia berlaga-laga pipi berborak bantal dengan ikhwah yang tercinta semata.
  • kecintaan terhadap seorang insan lain dengan penuh perasaan dan kesungguhan, namun apabila ada masalah pada perhubungan itu, kita terus jauh lari meninggalkan Tuhan. 
BUKAN ! 

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. 
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)



Mengikut pandangan Hassan al Banna : yang dikatakan ukhuwah adalah terikatnya hati dan nurani dengan ikatan akidah.Akidah adalah sekukuh kukuh ikatan dan semulia-mulianya.Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan.Tidak ada kesatuan tanpa CINTA KASIH : minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar( mementingkan orang lain dari diri sendiri )

Acapkali kita tidak akan menyangka bahawa kadang-kadang insan yang pernah hadir dalam hidup kita memberi kesan yang sangat bermakna kepada kita apabila berjauhan.Inilah yang dikatakan tautan hati kerana Allah.Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.

Nilai ukhuwah itu, semestinya akan bernilai dengan panjang tempoh masa dan pertemuan. Kerana di situlah kita saling berkenalan. Memahami rentak peribadi sahabat kita. Di situlah juga kita mencipta kenangan. Mencipta sebuah persahabatan. Sejauh mana eratnya ukhuwah kita, kerana tempoh masa kita bersama serta sejauh mana kita menilai dan menghargai ukhuwah kita. Biarpun perpisahan itu lumrahnya tetapi nilainya adalah siapa kita, peranan kita serta komitmen kita terhadap ukhuwah kita. 



coretan ini ku tujukan khas buat para sahabat yang mengenal diri ini sama ada secara langsung atau tidak..terutamanya buat sahabat2 seperjuangan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah , sahabat2 ibnu sina , SAQ , dan juga sahabat2 di Darul Quran .

saya sayang kamu semua kerana Allah.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana Allah , InsyaAllah akan beroleh halawatul iman juga ??

 sahabat , 

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

aku begitu merindukan , sahabat2 yang pernah aku kenali ..kerana apa? kerana merekalah aku dapat merasai ukhuwah itu . :) sejujurnya aku mudah untuk berkawan tapi amat payah untuk bersahabat..kerana pada anggapan aku dulu , semua orang sama , tak boleh dipercayai , dan akan bahagia bila bergelak ketawa sahaja..tapi jika sebaliknya mereka kurang memahami kita..

akan tetapi dalam hati aku pernah terdetik berertikah hidup aku jika aku punyai sahabat ? ?

Alhamdulillah Allah tetap menghadirkan beberapa orang sahabat dalam hidupku,pada sangkaanku mereka cuma kawan2 biasa tapi apabila mereka mula mengajak aku ke arah Islam yang sebenar aku jadi sangat2 terharu dan teruja.tatkala aku jatuh dan bangun mereka  akan sentiasa mengingatkan aku tentang Allah..Alhamdulillah . 

Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan sahabat seperti ini dalam hidupku.

Sahabat , tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH ?? di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sesebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang  menghubungkan anggota masyarakat.
kadang-kadang kita akan terfikir sejenak , apakah sebenarnya yang dikatakan ukhuwah , cinta dan kasih sayang ?hakikatnya gabungan ketiga-tiga perkara tersebut adalah UKHUWAH . yang mana merupakan pemberian daripada Allah .Nilai ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan.

sahabat , 
ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan serta didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH.
Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”

Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.

Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”

Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.


sahabat , saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga.Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH .

*MAAF PANJANG SANGAT*

sehingga bertemu di lain masa InsyaAllah.. 
papai, wassalam ^_^ 



Comments

  1. ukhwah keranaNya insyaAllah berkekalan.. :)

    ReplyDelete
  2. in sha Allah kita sahabat di dunia dan di akhirat. (maaf lama tak singgah)

    ReplyDelete
  3. abg pon lama x singgah ..sorry yer

    ReplyDelete
  4. Ukhuwah yang terjalin kerana Allah memang best :)Takkan ada perasaan pentingkan diri sendiri dan sebagainya.

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi bagi pendapat ^_^

Popular Posts