^_^

Assalamualaikum :) 

Alhamdulillah, hari ni first class as a 2nd year student dengan lecturer subjek Islam dan kesenian, DR ZULKEFLI AINI . Satu-satunya lecturer yang mengajar non stop setiap sem dari 1st year. Serius, jujur dari hati ni, semua lecturer JABATAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN memang best n superb. SERIUSS.. hehe..nak taukidkan jugak even belum belajar dengan semua lecturer lagi..^^ 

Sedar tak sedar pantas sangat masa berlalu, tahun lepas 1/9 bru ja msuk daftar UKM alih2 sekarang dah nak masuk 2nd year Alhamdulillah semua dengan izin Allah. Teringat balik mula-mula masuk dulu kepala duk mikir jaa - agak2 aku culture shock tak dengan suasana sini? - aku boleh addapt tak dengan surrounding sini - diorang boleh terima ke orang macam aku ni. Lagi2 masa tu sep2 batch Marbawi DQ takde yang ambil JABATAN DAKWAH ni..lagilah perasaan takutt nak berkenalan dengan orang yang baru tu membuak-buak. Bukan apa, bak kata orang cannot move on lagi dengan biah solehah DQ,,seriuss.. suasana Al-Quran yang takkan pernah ada kat tempat lain, jauh dari hiruk pikuk kota. fuhh, kalau cerita ni sampai lenguh-lenguh jari pun nak cite jugak. InsyaAllah lain kali. :)

Tapi Alhamdulillah berkat doa umiabi, adikberadik, ude, adikberadik 13, satu persatu rintangan yang dilalui dapat diatasi dengan tabah, biasalah lumrah hidup diuji, tipulah kalau tak menangis, tak fed up, putus asa, kecewa n segalanya lah sepanjang 1st year..lagi-lagi bila diuji dengan takde rumet sepanjang sem 1.huhu.. Allah sahaja yang tau macam mana remuknya hati ni melalui semua benda yang kita tak pernah jangka akan lalui. 

Apapun setiap ujian yang dilalui PASTINYA tersirat HIKMAH yang lebih besar. Tidak ada seorang pun manusia yang tidak diuji oleh Allah SWT. Setiap manusia pasti akan diuji dan itulah hakikat hidup di dunia ini. Setiap orang beriman diuji kerana Allah hendak menaikkan  lagi darjat kita supaya semakin tinggi di sisinya. Makin kita ingat kepada Allah, makin tinggilah darjat kita di sisi-Nya. Bukan Allah tak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kita terduduk, membuat kita menangis, membuat kita hilang arah tuju, tapi ketahuilah Allah sentiasa memerhati kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayang :)

So sekarang dah masuk 2nd year, kena sedia untuk hadapi cabaran yang lebih besar. InsyaAllah..Doakan ye teman-teman. sekian..wallahualam ^_^ 









Comments

  1. Salam kunjungan dan salam Eidul Adha Faizah. Moga perjalanan menuntut ilmu Faizah dirahmati Allah sentiasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi bagi pendapat ^_^

Popular Posts