stay calm stay happy ^_^



Assalamualaikum dan salam ceria :) 

      Alhamdulillah setelah sekian lama tak berblogging, blogwalking and so on..akhirnya tercapai jugak impian nak update balik blog ni..last update bulan April tahun lepas.. hehe..poyo2 busy .. apapun Alhamdulillah baru habis sem 1 ukm kos jabatan Dakwah n Kepimpinan..tapi nak katanya aura lepasan diploma DQ tu masih terasa lagilah. Kalau sebut DQ, confirm orang tanya DQ tu mende ? kat mana ? bila kita bagitau sekian2 then diorang akan jawab oooooo.. hehe.. rasa nak tergelak pun ada gak .. ada yang tau tu okelah kan tapi kalau yang buat2 tau tu memang comel..tapi takpelah.. macam kita tak pernah buat kan ? sila mengaku. :)

okey not much nak update simple ja.. nak share satu quote yang simple but nice. 


haa simple ja kan. :) but honestly ramai ja pernah merasai benda ni..kan kan.. takpe..no worries kita gang.. yelah tiada manusia yang sempurna sebab masing-masing ada kekurangan & kelemahan. Tapi tiap seorang yang Allah hadirkan dalam hidup kita kadang-kadang tanpa kita sedari sedikit sebanyak melengkapi & menutup kekurangan kita. Jadi tak perlu nak rendah diri bagai bila orang mengutuk ke mengata belakang pasal kita. Stay still & keep moving forward.

Kadang-kadang orang nak mengata kita tu bukan apa, mungkin sebab cemburu ke, tak puas hati ke, n mungkin tak boleh tengok kita lebih sikit..anggaplah semua tu sebagai ujian okey ? :) Allah kan ada.. Allah uji kita tanda sayang. Maka bersyukurlah kita antara insan terpilih untuk diuji. Satu lagi, amalkan sentiasa berdoa untuk orang sekeliling tak kisahlah kenal ataupun tak.. yang penting doakan yang terbaik.. sebab apa tau.. bila kita mendoakan kebaikan orang lain, makhluk-makhluk Allah yang lain di sekeliling kita turut mendoakan kebaikan yang lebih baik untuk kita. InsyaAllah.

Semoga hari-hari kita yang mendatang sentiasa dalam keberkatan dan lindunganNya InsyaAllah .

Comments

Popular Posts