Manusia dan emosi



Assalamualaikum dan salam ceria..http://www.emocutez.com 

apa khabar sahabat2 dan awak2  sekalian..sekian lama tak berceloteh..asif jiddan..atas sebab yang sama lah kay…kadang-kadang terlalu busy..kadang2 ada jugak buat-buat busy..hehe..tapi takpe, apapun Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam yang mana merupakan antara peluang untuk terus menulis..harapnya semua sihat2 dan ceria sokmo okay??

k..berbalik pada tajuk >>> manusia dan emosi ..haa..sekarang cam mana mood awak2 semua?O.K @ K.O ?? kalau K.O.. tenang…selawat banyak2 dulu..saya tak mampu nak tafsir emosi kalian sekarang tapi pastinya ada antaranya :

  • Alhamdulillah bersyukur atas segala yang berlaku hari ini..Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku..(mood : setenang air di laut)
  •  Duhai pujaan hatiku bgaimana keadaan dirimu di sne..(mood: bercinta yg ntah ke mana)
  • Haih,cneh nih thesis tak siap lagi..malam ni meeting..esok kne bagi talk pulak..SERABUT!! (mood: kelam kabut tatau nak buat apa)
  • Pergghhh!!aku bengang gila weyh dengan mamat tu (mood:marah)

n segalanya lah..mungkin mood kalian ada yang lebih baik daripada atas ni..tahniah!! yang utamanya dan hakikatnya kita memang tak boleh lari daripada emosi yang kadang2 agak tak tentu hala TAPI nak tau tak?orang yang hebat adalah orang yang bijak mengawal emosi.percaya takk??

PERCAYALAH…http://www.emocutez.com



Saya akui saya pun banyak kali jugak emosi tak tentu hala n selalu jugak kalah dengan emosi tuh..tambah lagi dengan bisikan2 syaitan yang teramat halus..Masya Allah…payah kann??TAPI dalam kepayahan tuh jumm kita sama2 ubah nak? Tahu tak ”Emosi” dan “perasaan” merupakan dua perkataan yang berbeza ,namun pada hakikatnya mempunyai maksud yang serupa.Ia merupakan anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya kepada kita supaya kita dapat mengimbangi kewarasan akal fikiran.Adanya emosi yang pelbagai menjadikan hidup kita lebih menarik, pelbagai kejutan dan unik.Betul tak?

Terdapat dua jenis emosi,iaitu emosi positif dan emosi negaif,kedua-duanya sentiasa wujud dalam diri manusia yang normal.Apa yang menjadi keutamaan ialah,emosi positif perlulah ditingkatkan manakala emosi negatif perlu dikawal.emosi negatif nih kalau tak dikawal,serius boleh membuatkan kita down yang teramat dan membawa kepada kesan yang lebih teruk..

Cuba sama2 kita fikir balik ..bagaimana kita boleh tiba-tiba terlibat dengan emosi negatif gituh..n apakah cara terbaik kita nak settlekan emosi kita masa tu:

1.fikir balik puncanya..

2.tahukah kita masa kita tengah emosi tu Allah nak tengok kita di mana DIA di hati kita..adakah kita akan berbalik mengadu kepadanya ataupun terus lupakan DIA..Jangan lokek untuk berdoa kepadaNya kerana Allah swt tidak pernah bosan untuk mendengar segala rintihan kita.Merintih dan mengadulah sepuas-puasnya kepadaNya.

3.Ibadah sunat dijaga apatah lagi ibadah wajib yang sepatutnya tidak diabaikan langsung.Jaga diri dari dosa-dosa kecil dan perkara-perkara yang melalaikan.

4.Menyedari akan hakikat jalan dakwah memang begitu.Meletihkan,panjang,penuh onak duri.Jalan dakwah tidak memerlukan kita untuk dilalui,tapi sebenarnya kitalah yang memerlukan jalan dakwah ini untuk merealisasikan ayat Allah yang mahukan kita menjadi khalifah diatas muka bumi ini.

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diiturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. 57:16)

k..semua jelas tak apa yang saya cuba sampaikan..asif kalau tak sampai ke hati..apapun sama2 kita cuba kawal emosi dengan lebih baik yaa..emosi kita sangat2 penting dalam setiap masa dan keadaan.



http://www.emocutez.com 

last word ..sebabkan saya jarang update blog suka saya luah perasaan saya :


kepada sahabat2 saya sejak sekolah rendah ,(nazirah <3 dll)..sekolah menengah TIGERASS dan SINARIANSS tercinta(semua sekali) dan juga sahabat yang mengenali saya secara langsung @ tidak..sejujurnya saya ucapkan saya rindu kalian..tak kisahlah di mana kalian berada saya nak kalian tahu saya sangat2 rindu zaman persekolahan kita dulu..segala pahit manis yang kita lalui bersama..terima kasih atas segalanya..perasaan ini tidak akan hadir andai Allah tak beri..sama2 kita doakan supaya Allah sentiasa tautkan dan terus eratkan ikatan ukhuwah ini ..biar jauh di mata tapi dekat di dalam doa..



k,papai..wassalam ..
sehingga bertemu lagi di masa akan datang In sha Allah ..http://www.emocutez.com



Comments

  1. thanks di atas perkongsian..sangat menarik untuk dikongsi..

    ReplyDelete
  2. memg susah nk control emosi kan..tp nk xnk kena belajar jugak mcm mne nk control..kalau x semua kerja xjalan..ish3..hehe..:)

    ReplyDelete
  3. Bahrain : ur wc :)

    aisyah :kann??klau keje ta jalan timbul masalah lain plak..^^

    ReplyDelete
  4. hati ni Allah yang jaga begitu perasaann. tapi sebagai manusia kita mesti tahu how to handle it right??? husna good entry :) *xpe ke panggil husna?..hehe

    ReplyDelete
  5. yupp..Allah yang pegang sebab tu kte kne jga hubungan dgn Allah ^^ ...takpe..boleh je pnggil gituh.. :) umr awk brp? akk ea? hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi bagi pendapat ^_^

Popular Posts