kem ibadah SMK AMPANG PECAH
Assalamualaikum dan salam ceria :)
Apa khabar semua ?, harapnya
semua dalam keadaan sihat sejahtera , ceria dan tenang di bawah lembayung
rahmat Allah InsyaAllah .
Sekian lama tidak mengupdate ,
akhirnya hari nih diberi peluang untuk meneruskan minat yang telah lama
tertangguh. maaf kepada sahabat bloggers sekalian , sahabat2 dan juga silent
readers .. ^_^ .. saya baru habis semester 4 , seminggu lepas baru habis exam .
dokan keputusan saya eh ..
Okey, kali nih nak share
something..khas untuk adik-adik semekap..a.k.a SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AMPANG PECAH .
Bertarikh 7,8,9 mac yang lalu
MASYI CREW dengan kerjasama beberapa orang fasilitator mengadakan kem ibadah
khas untuk adik-adik f5..Alhamdulilah , setiap aktiviti program berjalan dengan
lancar. Biarpun adik-adik ini cuma smk biasa tapi bakat yang ada pada mereka sangat
luar biasa. Kesungguhan dan komitmen adik-adik sangat memuaskan.
gambar sepanjang program :)
Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,
Ukhuwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhuwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)
Pesanan khas untuk adik-adik ,
Akak nak ucapkan tahniah untuk
adik-adik ..program 3 hari 2 malam bersama adik-adik sangat menyeronokkan dan memuaskan.
Akak tak nak adik-adik rasa rendah diri sebab adik-adik cuma smk biasa .. akak
pun smk biasa jugak tau..sekolah luar bandar lagi..akak pernah lalui situasi
yang adik2 lalui..semua tu tak menjadi penghalang untuk kita terus melangkah ke
hadapan kan ? akak2 dan abg2 yakin dengan adik-adik.Adik-adik yang cemerlang
akademiknya bantulah sahabat-sahabat yang lain ok ? Ilmu dan kejayaan yang kita
peroleh semua daripada Allah..apa salahnya kita berkongsi kan ? untuk adik-adik kumpulan KURMA , adik-adik memang terbaik..ilmu yang diperoleh amalkan dan perlu disebarkan ..apapun akak
ucap lagi sekali tahniah sangat untuk adik2, jangan lupa solat awal waktu ,
banyakkan istighfar , dan jangan lupa mohon doa daripada ibubapa adik-adik ok ? k , salam sayang untuk adik - adik. Jauh dimata dekat dalam doa .
k , jumpa lagi di lain masa..
papai , wassalam.
bestnyer camp mcm ni..spirit of teamwork! huu..=)
ReplyDelete