Husnul khatimah ^_^


Assalamualaikum dan salam ceria , 

Harap semua dalam keadaan sihat sejahtera serta sentiasa di bawah lindungan rahmatnya,InsyaAllah .. 




Setelah sekian lama tak berceloteh , hehe ..jum kali ini saya kongsi2 dengan kalian dua doa mohon supaya dapat mati dalam keadaan baik a.k.a husnul khatimah . ^_^ 

antaranya : 

  •          اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

  • اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)

Husnul khatimah pastinya menjadi dambaan setiap manusia.Kelak di saat kematian hampir menjelma , tahap iman kitalah yang akan menggambarkan kesudahan hidup kita.Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal soleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. Saat menjelang kematian merupakan saat kesempatan terakhir bagi syaitan untuk menyesatkan hamba Allah. Syaitan akan berusaha sekuat tenaga untuk menyesatkannya, bahkan terkadang menjelma dalam rupa ayah dan ibunya.




Nak kongsi secubit kenangan, ingat lagi masa darjah 5 sekolah agama dulu .. punyalah bersungguh-sungguh hafal doa selepas solat untuk peperiksaan amali UPKK , dan punyalah teruja bila jadi orang pertama dapat tasmik dengan ustazah hafalan2 dalam solat..lagipun tak pernah terfikir pun nak tahu tentang maksud setiap bait2 bacaan dalam solat termasuklah dalam doa tu sendiri.*standard kanak-kanak la kan..

TAPI .. mungkin bagi sesetengah orang , bila dah masuk alam sekolah menengah mereka mula faham bacaan doa yang dibaca , tapi tidak bagi saya ..betapa jahilnya saya tidak berminat nak ambil tahu maksud bacaan doa yang dibaca tiap2 kali lepas solat..

lama kelamaan , masa f3 @ f4 macam tu kot tiba-tiba terbuka satu buku amali solat adik.. ternampak doa yang sama yang saya amalkan beserta maksud..masa tu MasyaAllah sentap la jugak bila baca maksud bacaan doa tu terutamanya semasa doa memohon mati dalam keadaan baik.. rasa macam nak menangis pun ada jugak , betapa hinanya diri baru tahu maksud doa , masa tu punyalah fikir balik , apa guna saya doa selama ini tapi bacaan doa saya sekadar dari mulut , bukan dari hati.. :'(

sejak hari tu , bila ditafsirkan satu2 maksud doa yang saya hafal..MasyaAllah , menitis air mata tatkala membaca betapa banyak permintaan,rayuan,rintihan kita kepadaNya.. memang benarlah Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan.. HATI pasti akan tenang jika kembali padaNya..masa tu barulah faham kenapa para ustaz2, ustazah2, syeikh2 n para ulama' menangis ketika berdoa..




Nak kaitkan dengan Husnul khatimah kenapa kita perlu meraihnya ?? sebab Husnul khatimah ini merupakan kurniaan terbesar dari Allah untuk seorang hamba. Penjagaan Allah dan meneguhkannya di atas imanlah yang menjadikannya mendapat husnul khatimah saat banyak godaan dan syubhah menjelang kematian. “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..” 

Akhir kalam , nak kongsi satu hadis : 

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda:
"Demi Allah, dan tiada Tuhan yang lain daripadanya, bahawa sesungguh salah seorang kamu yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada lagi di antaranya dengan syurga kecuali sehasta sahaja lagi, mana telah terdahulu atasnya suratan (takdir) Allah, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sejengkal, maka terdahulu atasnya takdir (ia mati dalam iman) lalu beramallah ia akan amalan ahli syurga, ketika itu ia mati, maka matinya beriman dan masuklah ia ke dalam syurga".

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).


k, jumpa lagi di lain masa..maaf atas kekhilafanku ^^
Meski umur meningkat , usah malu untuk BERUBAH ..andai nak tunggu bila dah tua nanti belum PASTI lagi esok masih ada untuk kita..
wallahualam ..




Comments

  1. Terima kasih kerana beri peringatan..bila baca entry ni teringat zaman dulu masa skolah agama ada latiahan amali solat. haha..rindu giler time tu.

    ReplyDelete
  2. sekadar perkongsian :) ..kann2 ? zaman kanak2 memang seronokk ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi bagi pendapat ^_^

Popular Posts