Kisah KITA

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya.

Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

=====================================

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' sebagai lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


sama2 kita jadikan kisah ini sebagai pengajaran bersama..InsyaAllah.. :)





Assalamualaikum sahabat blogger dan silent readers sekalian..:)
lama tak bertanya khabar kan?harapnya semua sihat2 selalu..mohon maaf la ye..sekarang sy memang agak busy dan semakin kurang masa dan kesempatan nak update blog..tapi takpe blog nih InsyaAllah tak akn pernah terbiar..selagi ada masa sy akn cuba update..kepada sahabat2 blogger..minta maaf sangat2 lama tak jalan2 kutip ilmu kt blog awk2 sekalian..apapun sy harap ukhuwah antara kita tak akan terputus begitu sahaja ye..^^

sekian ,sehingga kita bertemu di lain masa..doakan kejayaan saya menempuhi ranjau kehidupan yg agak mencabar sekarang..

wassalam..  

p/s: cik adek maneess BALQIS<3 ..sori lama tak terupdate..org sini byk busy maa..sori ssgt..^^ ...nty kte cuti sem kte update everyday okaayy?? :D

Comments

  1. seronok cerita..penuh pengajaran..

    manusia mmg selalu lalai dgn keindahan dunia y sementara..semoga kita tergolong dlm golongan y bersyukur..~~insyaallah..~~

    xD

    ReplyDelete
  2. walaupun perumpamaan dgn duit syiling tp mmm penuh maksudnya...syukran...biase la hdp ni busy kan :) moga Allah bantu awk..

    ReplyDelete
  3. wah satu kisah yang menarik!... betul.. manusia sering kali lalai bila di uji dengn kesenangan...

    ReplyDelete
  4. selalunya mcm tu lah kan..selagi tak diuji selagi tu lah kita leka dgn kesenangan..terima kasih atas perkongsian..salam aidilfitri :)

    ReplyDelete
  5. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    jujur dalam segala hal tidak akan mengubah duniamu menjadi buruk ,.
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi bagi pendapat ^_^

Popular Posts