nilai air matamu ^_^

Assalamualaikum dan salam ceria ^_^

apa khabar semua ? sihat ?? hurm, ke sakit ? syafakAllah .. semoga kalian diberi kesihatan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan ..haa , kalau dah tau sakit , cepat2 pergi cari penawar , tak kisahlah nak berubat dari segi tradisional @ moden..yang penting mengikut syariat..nak tau sebab apa ? sebab diri kalian sangat berharga ..diri kalian layak untuk disayangi bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri..kalian juga  adalah pemuda-pemudi islam yang akan terus berjuang untuk menegakkan syiar islam..siapa lagi kalau bukan kita? Bila lagi nak mula kalau bukan sekarang..kita adalah penggerak , mungkin tak sehebat para ulama’ , para syuhada’ terdahulu tapi sekurangnya kita masih ada sumbangan untuk Islam..takkan nak tunggu sampai kita umat islam diserang baru nak memepersiapkan diri dengan perisai agama. Lantas , jum sama2 kita berubah .. yup , sakit memang sakit tapi berusahalah mencari penawar dan perbanyakkan berdoa selagi hayat dikandung badan.

“sessungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”  dengan kesakitan yang Allah beri tu bukan sekadar sakit, mungkin sebagai kesedaran , ujian @ sebagainya..yang penting semuanya PASTI ada HIKMAH ..  ^_^



ok,  lama pula muqaddimah ..hehe .

berbalik kepada tajuk …^^ nilai air matamu  ..siapa suka menangis ? n menangis tu sebab apa ?

sejujurnya lumrah manusia memang akan mengalirkan air mata tak kisah lelaki @ perempuan . Kebiasaannya kita dengar lelaki yang menangis ni tak macho dan perempuan yang selalu menangis ni cengeng atau erti kata lain mengada-ngada.Masing-masing pasti ada pendapat sendiri ..

pada pandangan saya lah kan , hak masing-masing nak menangis tapi ketahuilah sebab sebenar kalian menangis. Kebiasaannya kita biasa menangis sebab :
  • ·         Kecewa
  • ·         Serabut
  • ·         Sedih
  • ·         Masalah datang bertimpa
  • ·         N so on ….


Saya sendiri pun mestilah pernah menangis dan adakalanya tiba-tiba tanpa sebab , pernah berlaku kat korang jugakkan ? ^^ …tapi nak katanya dalam kehidupan kita ni , mesti kita mahukan amalan dan ibadah seharian kita diterima disisi Allah..

Apa kelebihan menangis ? * haa…

Standard jawapan :
  • -          Release stress
  • -          Tenang
  • -          N macam-macam lah ..

Tapi saya lebih suka kepada jawapan :

  •  lembutkan hati 
  •  menenangkan jiwa  
  •  menyembuhkan penyakit-penyakit hati 
sebab apa ? cuba kita flashback balik sebab apa kita menangis .. dan kebiasaan kita lihat orang yang menangis ni akan kongsi masalah dengan sahabat @ orang yang dia rapat .. tapi cuba tanya dia balik yakinkah masalah dia dah selesai ? memang akan release sikit..tapi sejauh mana dia puas semasa menangis tu ?



Saya nak kongsi pengalaman seseorang ni, masa tu sehari sebelum exam syafawi .. dia baru habis muqarrar 1 minggu sebelum tu ..tapi nak katanya betapa dia tak pernah berputus asa untuk terus iadah ..sampai lah malam yang esoknya nak exam syafawi ..biasanya dia akan balik iadah pukul 11 malam , tapi malam tu agak lain .. pukul 10 dia dah bersiap2 nak balik ..sahabat yang iadah dengannya pun agak pelik dengan tingkah lakunya macam dah habis iadah 100% sebab tersenyum memanjang padahal sebelum itu dia punyalah risau tak habis iadah lagi..bila ditanya , dah habis iadah @ belum , dia jawab belum..tapi dia kata dia dapat sesuatu…

Rupa-rupanya , semasa dia sedang iadah di kelas sorang-sorang , tiba-tiba dia menangis ..menangis bukan menangis biasa tapi menangis tersedu-sedu .. katanya masa tu dia serahkan segalanya kepada Allah mengenai iadah Al-Quran .. dan berasa sangat tidak mampu untuk teruskan.. tapi , dia kata saat dia tengah menangis tu lah.. tiba-tiba terasa seolah Allah sedang mendakapnya seerat-eratnya .. seolah sedang dipujuk untuk bersabar dan tenang .. masa tu sangat selesa dan tenang sehingga tak mampu nak gambarkan kebahagiaan yang sedang dirasai .. walaupun suasana itu sebentar cuma tapi katanya segala masalah yang sedang menghimpit diri terus hilang …TERUS HILANG …

                                                                -the end –

K, berhenti sampai situ je ea.. panjang lagi nanti dah meleret .. :)

MasyaAllah masa tahu cerita ni rasa macam teruja sangat dan jeles lah jugak kenapa aku tak dapat rasa macam mana dia rasa ..tapi Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk orang lain merasai kebahagiaan yang sedang dia rasai.. hurm , jelas tak point yang saya nak sampaikan ..simple jeh ..

1 . Letak kebergantungan sepenuhnya kepada Allah
2.  Menangis kerana Allah

Mungkin lepas2 ni kita boleh ubah tujuan sebenar kita menangis dengan doa yang saya nak kongsi ni.. ^^ InsyaAllah , sama2 kita boleh amalkan lepas ini dan sama2 mendapat manfaat …

" Ya Allah rezekikanlah kepadaku sepasang mata , yang selalu mengalirkan air mata ,yang air mata itu boleh menyembuhkan jiwaku dengan air mata - air mata yang menitis kerana takutkan engkau ya Allah , sebelum nanti air mata darah yang keluar "

-riwayat imam at-thabrani-
  
  

wallahualam.. semoga bermanfaat , sekian ..

maaf atas kekhilafanku ^_^