Aku dan cita-cita

Assalamualaikum dan salam ceria..apa khabar awak2 sekalian?http://www.emocutez.com

 Setelah sekian lama tak mengupdate..Alhamdulillah..hari ni tercapai jugakla impian nak update blog setelah sebulan lebih menyepi..:) kalian rindu saya tak? *hehe..soalan ntah pape jeh..tapi sejujurnya saya merindui sahabat2 bloggers sekalian..mungkin banyak cerita2 menarik mengenai awak2 sekalian yang saya tertinggal..tapi jangan risau ..harap maaf dan sori sangat2 bukan taknak jengah2 tapi memandangkan  bulan lepas agak sibuk kerana menghadiri kursus untuk sebulan..*mcm sibuk sangat je kan? :) InsyaAllah mulai saat ini saya akan sentiasa menjengah dan menzirahi blog kalian sehinggalah saya kembali sibuk semula untuk pengurusan kemasukan ke pusat2 pengajian@IPTA..

Setelah sekian lama tak berceloteh.. :) terasa kekok pulak..hehe..okayy..back to the main title aku dan cita-cita.Tiba-tiba teringat sejak kecil lagi orang2 yang selalu tanya kita apa kita nak jadi bila dah besar :

1.mak n ayah : Husna,besar nanti husna nak jadi apa?

diri ini akan jawab : husna nak jadi polis dan tentera

2.cikgu di sekolah(rendah) : Faizah, apa cita2 awak besar nanti?

diri ini akan jawab : saya nak jadi polis atau pensyarah cikgu*cita2 nak jadi tentera tertutup begitu sahaja

3.cikgu di sekolah(menengah) : haa,husna apa cita2 awak sebenarnya?

diri ini akan jawab : ntahla cikgu..saya ingat nak jadi peguam atau pensyarah cikgu*cita2 nak jadi polis pun tertutup sbb parents tak bagi..hehe

4.makcik,pakcik,saudara mara dan segala bagai

belum lagi orang luar yang akan tanya kita..fuuh memang ramai...tuh tandanya orang prihatin dengan kita..^_^ ...awak2 sekalian tentu ada cita2 tersendiri kann?mungkin ada antara awak2 sekalian yang sudah pun menggapai cita2 yang diimpikan,sedang bertungkus lumus berusaha untuk mencapai cita2 dan juga ada yang baru nak meniti langkah masuk ke dunia kampus dan baru nak mengenali dunia IPTA.*macam saya laa.

Sudah menjadi trend..almaklumla budak lepasan SPM ...maka berduyun2lah surat cinta dari kolej2 swasta yang masuk peti surat rumah tiap2 hari..mak aii..kadang tuh sehari sampai 5..sabar jela...hehe...tapi best jugak dapat surat banyak2..*boleh bjet2 kte nih org terkenal dan sibuk memanjang.. :D ..  

Alhamdulillah..melalui check on9 baru2 ni. saya terpilih untuk menyambung pelajaran di MATRIKULASI JOHOR dan DIPLOMA DQ..mungkin kemasukan ke MATRIKULASI JOHOR akan menjadi pilihan terakhir memandangkan saya masih menunggu keputusan UPU yang bakal keluar awal bulan mei..tapi yang membuatkan saya tidak keruan sekarang ialah sama ada mahu sambung ke DIPLOMA DQ@ mahu tunggu result UPU kluar terlebih dahulu..sebab secara kebetulan tarikh daftar DIPLOMA DQ sama dengan tarikh keluar result UPU..

Bak kata orang seandainya saya menolak DIPLOMA tersebut seolah2 saya menutup peluang orang lain..memandangkan seramai 2,000 calon yang dipanggil temuduga seluruh Malaysia dan cuma 100 peserta perempuan dan 150 peserta lelaki yang dipilih..Tetapi kebetulan pada masa yang sama saya masih meletakkan harapan untuk masuk ke U memandangkan pembelajaran di U untuk asasi cuma mengambil masa setahun setengah dibandingkan dengan diploma yakni 3 tahun.

hehe..memang camnih la rupanya kehidupan bergelar lepasan pelajar sekolah..agak mencabar dan menguji mental dan fizikal..awak2 pun mesti pernah lalui benda yang sama kan? tersepit antara dua..tapi penyelesaian yang terbaik ialah :

1.Minta pertolongan daripada Nya
2.berbincang dengan parents 
3.minta pendapat guru
4.tetapkan matlamat hidup
5.yakin dengan kemampuan diri sendiri 

semua tuh sedang dan bakal saya lakukan..Dan untuk sahabat2 1994 generation..selamat melangkah ke alam Universiti..muga sentiasa cemerlang dan tabah menghadapi apa jua rintangan yang bakal dihadapi.. :) tidak lupa juga kepada penutut2 IPTA sekarang, selamat berjuang dan muga tercapai segala impian yang diimpikan selama ini..wish me luck..


p/s : jum ramai2 ke pesta buku hari nih..klik sini---> PTS untuk tahu apa ada disana
sekian ..that's all for now.. wassalamhttp://www.emocutez.com